Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMesyuarat perundangan karbon lepas raya - TPM Fadillah

    Mesyuarat perundangan karbon lepas raya – TPM Fadillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Satu mesyuarat koordinasi antara pelbagai kementerian serta agensi Persekutuan akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri, bagi mempercepatkan pengenalan perundangan berkaitan karbon di Malaysia.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tenaga Negara sebelum ini.

    Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga telah bersetuju agar undang-undang tersebut disegerakan.

    ā€œMesyuarat itu nanti akan melihat bagaimana kita dapat mempercepatkan pengenalan undang-undang, bukan sahaja untuk tenaga boleh baharu tetapi juga mengenai Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS),ā€ katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching hari ini.

    Sementara itu, Fadillah berkata buat masa ini, Sarawak merupakan Negeri pertama yang telah meluluskan undang-undang berkaitan karbon di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

    ā€œSarawak sudah bersedia dari segi perundangan, peraturan dan sistem cuma di peringkat Persekutuan belum ada lagi.

    ā€œSebab itu kita nak panggil mesyuarat ini, supaya kita dapat selaraskan undang-undang yang dah ada di Sarawak sebagai asas untuk kita bangunkan undang-undang di Persekutuan.

    ā€œJika boleh disegerakan maka proses CCUS ini dapat berjalan,ā€ katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts