Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMIC arah ahli berkempen untuk calon PH di KKB

    MIC arah ahli berkempen untuk calon PH di KKB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden MIC, SA Vigneswaran meminta jentera MIC turun berkempen dan memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu (KKB).

    Menurutnya, keputusan MIC turun padang dalam kempen pilihan raya tersebut adalah demi menjaga kebajikan dan mengetengahkan isu kaum India.

    “Saya nak semua ahli MIC dari Kuala Kubu Bharu turun bersama-sama DAP dan PKR berkempen untuk calon PH,” katanya pada majlis pelancaran bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu, semalam.

    Penyertaan MIC dalam PRK itu sekali gus menamatkan teka teki bahawa parti itu akan meminggirkan PRK berkenaan.

    Ini kerana Vigneswaran sebelum ini memberi bayangan MIC tidak akan turun berkempen memandangkan kerusi itu tidak ditandingi calon BN.

    Turut hadir dalam majlis pelancaran bilik gerakan itu ialah exco kerajaan Negeri Selangor, V Papparaidu, Ng Sze Han dan timbalan presiden MIC, M Saravanan.

    Saravanan dalam ucapannya menyangkal dakwaan MIC tidak konsisten dalam menyokong calon kerajaan perpaduan.

    “Pendirian MIC konsisten setelah kita menyokong perdana Menteri Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan perpaduan selepas PRU15.

    “Ketika itu kita berjanji kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Anwar sehingga tamat penggal ini. Kita tak akan menyokong pihak lain.

    “Jadi tidak salah hari ini MIC sedia menyokong calon PH dalam PRK ini,” katanya mengulas kritikan netizen berhubung keputusan MIC bagi berkempen calon PH.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau pula meminta lebih 7,500 pengundi India yang layak mengundi di Kuala Kubu Bharu supaya mengelakkan anasir-anasir luar yang mengajak mereka memboikot pilihan raya itu.

    “Saya setuju dengan segelintir pengundi tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan hari ini. Mereka berhak marah kerajaan hari ini.

    ALSO READ:  Kenyan delegation meeting Haitian police chief to assess security force -source

    “Tapi siapa yang bermanfaat jika pengundi India bertindak boikot PRK ini. Sudah tentu, pihak yang mendapat manfaat adalah pihak yang sering bermain isu bangsa dan agama,” katanya.

    Sebelum ini dilaporkan beberapa bekas pemimpin PH mengajak pengundi di Kuala Kubu Bharu memboikot PRK berkenaan bagi membantu memenangkan calon Perikatan Nasional (PN).

    Tanpa menyebut nama mereka, Ganabatirau berkata tindakan tersebut hanya akan menguntungkan PN dalam PRK yang dijadualkan 11 Mei ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts