Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMindef semak semula pajakan helikopter Black Hawk

    Mindef semak semula pajakan helikopter Black Hawk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membuat penilaian menyeluruh terhadap perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk bernilai RM187 juta.

    Menterinya Khaled Nordin berkata keputusan akan dibuat sama ada untuk membatalkan kontrak atau memberi masa tambahan kepada pembekal.

    “Kita perlu pertimbangkan sama ada terdapat sebarang denda yang akan dikenakan disebabkan kelewatan dalam tarikh penghantaran yang ditetapkan, atau pembatalan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

    Pembekal perkhidmatan udara tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn Bhd telah menangguhkan penghantaran empat helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Sebelum ini, Panglima Tentera Darat Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata cadangan akan dikemukakan kepada Mindef untuk membatalkan kontrak pajakan Black Hawk, jika Aerotree gagal memenuhi obligasi penghantaran mereka.

    Sementara itu, Khaled berkata operasi tentera berjalan seperti biasa tanpa helikopter berkenaan.

    “Helikopter itu untuk kegunaan anggota tentera di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, serta untuk mengangkut peralatan,” katanya semasa penyampaian pingat perkhidmatan kepada Veteran ATM.

    Helikopter baru itu disasarkan menggantikan Sikorsky S-61A-4, yang digantung perkhidmatan sejak 2020.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts