Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMIPP sertai PN: Pilihan raya medan uji tarik undi India - pakar

    MIPP sertai PN: Pilihan raya medan uji tarik undi India – pakar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Beberapa siri pilihan raya diperlukan bagi menguji sejauh mana kekuatan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dalam menarik pengundi India memilih PN, menurut penganalisis.

    Pensyarah komunikasi UiTM, Noor Nirwandy berkata kekuatan PN belum boleh dijangka berikutan penyertaan MIPP baru-baru ini.

    “Masih terlalu awal untuk menentukan kekuatan dan sokongan masyarakat India terhadap parti gabungan tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.

    “Pilihan raya kecil di Kuala Kubu Baru akan datang nanti berkemungkinan boleh menjadi benchmark (penanda aras) untuk menentukannya,” jelasnya lagi.

    Penganalisisis Dr Noor Nirwandy.

    “Pilihan raya kecil di Kuala Kubu Baru akan datang nanti berkemungkinan boleh menjadi benchmark (penanda aras) untuk menentukannya,” katanya.

    Presiden MIPP P Punithan yang juga bekas ketua Pemuda MIC Selangor memaklumkan parti yang diterajuinya telah diterima sebagai anggota penuh PN pada 22 April.

    “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan seluruh kepimpinan PN di atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara oleh parti-parti komponen iaitu Bersatu, PAS, Gerakan, dan SAPP untuk menerima MIPP sebagai anggota penuh,” katanya melalui hantaran Facebook.

    Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden (gambar bawah) memberitahu Malaysiakini dia menyambut baik penyertaan MIPP dan menyifatkan ia tanda keterbukaan gabungan PN.

    “Untuk menerima kepelbagaian kaum dan sudah tentu kita buat keputusan itu akan memberikan keuntungan dan kelebihan kepada PN,” katanya.

    Afnan berkata dia setuju penyertaan MIPP dapat menjadi satu lagi cara untuk PN menarik sokongan bukan Melayu.

    Penganalisis politik Profesor Dr Sivamurugan Pandian berpendapat penyertaan MIPP dalam PN berkemungkinan memberi nilai tambah kepada gabungan parti tersebut.

    “Kalau kita perhatikan PN selalu dikaitkan dengan parti yang berteraskan Melayu-Islam apabila PAS dan juga Bersatu lebih menonjol.

    “Cuma masih terlalu awal untuk kita katakan akan ada hasil yang baik, biar masa menentukannya,” katanya kepada Malaysiakini.

    Sivamurugan (gambar atas) berpandangan penyertaan itu menunjukkan PN bersedia membina sebuah gabungan besar yang pelbagai dan Punithan mempunyai tanggungjawab dalam menggalas perananan meraih sokongan masyarakat India.

    ALSO READ:  Pekerja Bangladesh terumbang-ambing: Muda gesa k'jaan bertindak

    Jelasnya lagi, strategi yang baik perlu dirangka untuk menubuhkan bahagian dan cawangan di seluruh negara dan Punithan mungkin boleh menggunakan pengalamannya semasa di MIC untuk mencorak masa depan parti itu.

    Untuk rekod, Punithan (gambar bawah) yang bekas ahli majlis kerja tertinggi (CWC) MIC mengumumkan keluar parti itu pada 30 Jun tahun lalu.

    Bagaimanapun, Sivamurugan beranggapan pilihan raya kecil di Kuala Kubu Baru tidak mencukupi untuk menjadi kayu ukur kejayaan parti tersebut.

    “Ia perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan untuk menarik sokongan masyarakat India, jika itu agenda MIPP.

    “Masih ada masa dalam jangka tiga tahun bagi memperlihat kemampuan untuk membawa satu perubahan,” katanya.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts