Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Misi kapal hantar bantuan ke Gaza tetap diteruskan'

    ‘Misi kapal hantar bantuan ke Gaza tetap diteruskan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan walaupun tercetus konflik terbaru antara Israel dengan Iran, kata jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright.

    Bagaimanapun Wright berkata tarikh akhir pelayaran tiga kapal yang terlibat dalam misi itu yang sebelum ini dijadualkan pada 21 April 2024 (Ahad ini) mungkin boleh berubah berdasarkan situasi dan keadaan semasa.

    “(Pada masa ini) Kesemua kapal akan terus belayar mengikut peranancangan asal (21 April) walaupun ini merupakan saat yang genting buat rantau ini,” katanya pada sidang media Freedom Flotilla Sails Again di Istanbul, Turkiye hari ini.

    Bagaimanapun, dia berkata ini juga merupakan waktu yang genting bagi penduduk Gaza yang terus menerus berdepan kekejaman rejim Israel.

    “Untuk itu misi ini akan tetap diteruskan namun segala penilaian risiko akan dilakukan semula bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi memulakan pelayaran,” katanya lagi.

    Wright berkata, beberapa penilaian lain juga akan dilakukan termasuk bahagian teknikal kapal sebelum satu tarikh pelayaran baru diumumkan kelak.

    Terdahulu media melaporkan kapal yang akan terlibat dalam misi itu melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

    Kapal-kapal itu akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts