Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMkini perkenal aplikasi Sokong bantu NGO kumpul dana

    Mkini perkenal aplikasi Sokong bantu NGO kumpul dana

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Malaysiakini hari ini memperkenalkan aplikasi Sokong sebagai platform digital yang membolehkan badan bukan kerajaan (NGO) tidak berasaskan keuntungan untuk membuat kutipan derma secara dalam talian dan seterusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

    Pengurus Projek Sokong, Eshwaren M berkata platform berkenaan dibangunkan dengan geran daripada Google News Initiative.

    Katanya, pihak yang berminat boleh pergi ke laman web https://sokong.org/ dan memuat turun aplikasi yang berkenaan.

    Sokong akan menghubungkan sektor sosial dengan orang ramai dalam usaha mengumpul dana bagi tujuan kebajikan, jelasnya.

    Pada permulaannya, Sokong menyasarkan penyertaan 1,000 penderma dana kepada lebih 100 organisasi NGO yang menggunakan platform itu.

    “Sasaran untuk tahun ini kita ada 1,000 penderma dan tahun depan 10,000 penderma.
    “Kita sasarkan tahun depan (2024) kita nak raih AS$1juta nilai sumbangan pada tahun 2024.

    “Jadi, ini sasaran kita, tahun ni kita sasar 100 organisasi menyertai (Sokong), tahun depan 300 organisasi. Mereka boleh sertai dan boleh guna platform kita,” katanya ketika majlis pelancaran platform Sokong di ibu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, hari ini.

    Eshwaren berkata melalui Malaysiakini, Sokong diyakini akan memberi kelebihan kepada NGO yang menggunakan platform itu bagi tujuan mengumpul dana.

    Menurutnya, platform itu menyediakan kemudahan bagi mengutip sumbangan untuk jangka masa pendek, sumbangan bertentuk kempen ataupun untuk masa tertentu serta bulanan.

    “Sokong akan memastikan kutipan dana dilakukan secara telus dan tidak mengaut sebarang keuntungan,” kata Eshwaren.

    Melalui platform itu juga, dia berkata Sokong akan membantu dan mempromosikan kerja-kerja kemasyarakatan organisasi yang menggunakan platform berkenaan.

    “Sebagai Malaysiakini kita ada kelebihan, kita boleh sediakan banyak kemudahan kepada NGO tidak berasaskan keuntungan ini.

    ALSO READ:  Waste disposal infrastructure sorely needed in rural villages

    “Kita juga bagi mereka teknologi dari segi aplikasi dari segi web digital platform untuk mengumpul dana,” jelasnya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts