Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMOF: Hutang isi rumah RM1.53 trilion pada tahun lalu

    MOF: Hutang isi rumah RM1.53 trilion pada tahun lalu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hutang isi rumah secara agregat pada tahun lepas adalah berjumlah RM1.53 trilion, menurut Kementerian Kewangan.

    Dalam jawapan bertulis Parlimen semalam, kementerian itu menyatakan hutang tersebut merangkumi pinjaman perumahan (60.5 peratus), diikuti pinjaman kenderaan (13.2 peratus) dan pembiayaan peribadi (12.6 peratus).

    Pinjaman lain antaranya pembelian hartanah bukan kediaman, hutang kad kredit dan sekuriti.

    “Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2023 pula meningkat sedikit kepada 84.2 peratus berbanding tahun 2018 (82 peratus),” kata kementerian itu.

    Ia bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liang (PH-Labis) yang meminta kementerian menyatakan jumlah hutang isi rumah negara dari 2018 hingga 2023.

    Menurut Kementerian Kewangan lagi, hutang isi rumah pada 2023 menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    “Secara agregatnya, jumlah hutang isi rumah bagi tahun sebelumnya adalah seperti berikut: 2022 (RM1.45 trilion), 2021 (RM1.38 trilion), 2020 (RM1.32 trilion), 2019 (RM1.25 trilion) dan 2018 (RM1.19 trilion),” katanya lagi.

    Dalam perkembangan lain, Kementerian Kewangan berkata golongan berpendapatan rendah – atau B40 – lebih terdedah kepada kesan kejatuhan ringgit, berikutan perbelanjaan makanan dan minuman yang lebih tinggi, iaitu 34.5 peratus, daripada perbelanjaan bulanan mereka.

    Dalam jawapan bertulis kepada Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) semalam, kementerian itu berkata kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, termasuk pelaksanaan inisiatif Rahmah.

    Selain itu, langkah kawalan harga juga dilaksanakan dan subsidi barangan keperluan disediakan kepada rakyat, kata kementerian itu.

    Terdahulu Sng meminta kerajaan menyatakan kesan penurunan nilai ringgit terhadap ekonomi negara, khususnya terhadap pendapatan isi rumah dan sektor pembuatan.

    Kementerian memberi jaminan bahawa kesan kejatuhan ringgit terhadap Indeks Harga Pengguna (CPI) masih terkawal.

    ALSO READ:  SPRM tahan tiga anggota polis disyaki terima rasuah

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts