Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMOF jangka ringgit pulih 4.50 dalam separuh kedua 2024

    MOF jangka ringgit pulih 4.50 dalam separuh kedua 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kewangan menjangkakan nilai ringgit akan pulih berbanding dolar Amerika Syarikat (USD) menjelang separuh kedua tahun 2024.

    Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, anggaran itu dibuat berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini.

    “Penganalisa pasaran menganggarkan ringgit berada di bawah nilai yang saksama sebanyak 8 hingga 10 peratus.

    “Dengan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 yang dijangka berada pada julat 4.0 peratus-5.0 peratus, adalah dianggarkan ringgit untuk pulih berbanding dolar AS menjelang separuh kedua tahun 2024 dalam lingkungan RM4.50,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

    Terdahulu, Lim Guan Eng (Bagan) bertanya kementerian itu apakah ringgit akan mencapai paras terendah RM5 berbanding dolar memandangkan nilai ringgit sekarang menunjukkan trend penyusutan yang ketara dan bilakah nilainya dijangka pulih.

    Amir berkata Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia mengambil langkah campur tangan dalam pasaran pertukaran asing (FX Intervention) untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.

    “Sebagai contoh, BNM akan menjual mata wang USD daripada rizabnya untuk menyekat kelemahan ringgit yang berlebihan,” katanya.

    Menurutnya, pelabur asing menunjukkan keyakinan yang lebih tinggi terhadap usaha kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi.

    Katanya, ini boleh dilihat daripada prestasi FBM KLCI yang meningkat sebanyak 7.2 peratus yang didukung oleh aliran masuk modal pelabur asing, manakala pelabur bon asing juga kekal sekitar 22 peratus pasaran.

    Pada Selasa lalu, matawang negara menjunam sekitar RM4.80 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

    Namun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan situasi ekonomi negara ketika ini tidak boleh disamakan dengan krisis kewangan pada 1998 kerana kedudukan negara kini jauh lebih baik.

    Anwar berkata, pada 1998, selain kejatuhan ringgit, kadar inflasi dan pengangguran adalah tinggi, selain tiada pelaburan asing masuk dalam negara.

    ALSO READ:  National Day: Remember past sacrifices and preserve national unity, say DPMs

    Semalam, Ahli Parlimen Subang Wong Chen memberi amaran ekonomi negara akan menjadi parah jika ringgit mencecah paras melebihi RM5 berbanding dolar AS.

    Katanya, meskipun kejatuhan nilai ringgit bukan kesalahan kerajaan hari ini, kerajaan perlu bersiap sedia mengambil langkah-langkah sewajarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts