Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMOF: Pengeluaran KWSP bersasar burukkan isu simpanan persaraan tak cukup

    MOF: Pengeluaran KWSP bersasar burukkan isu simpanan persaraan tak cukup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebarang pengeluaran prapersaraan tambahan baru sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini telah pun berada pada tahap yang amat membimbangkan, menurut Kementerian Kewangan.

    Kementerian Kewangan berkata langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.

    “Setakat 30 Sept 2023, bagi ahli berumur bawah 55 tahun, seramai 6.3 juta ahli atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang dicatatkan pada April 2020 iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan Covid-19 diperkenalkan.

    “Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

    Ia menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan sedang mengkaji tuntutan rakyat yang mengalami kesusahan hidup sekarang yang memohon supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP mereka secara bersasar dan ingin tahu pendirian kerajaan tentang tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar itu.

    Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia kini bukan lagi berada dalam fasa pemulihan, malah nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah melepasi paras prapandemik.

    “Aktiviti ekonomi semakin rancak apabila banyak perniagaan telah beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar pekerja telah kembali bekerja untuk menjana pendapatan.

    “Hal ini dibuktikan apabila jumlah ahli aktif KWSP juga telah mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu 8.5 juta setakat September 2023, dengan peningkatan sebanyak 910,000 ahli atau 12 peratus berbanding 7.6 juta yang dicatatkan pada September 2021,” katanya.

    ALSO READ:  Duta AS: Kami tak pilih vendor Natsec, sila tanya penganjur

    Menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam), Kementerian Kewangan berkata pada masa ini, kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan semula GST.

    “Sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

    “Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana.” katanya.

    Kalam meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengambil kira situasi ekonomi semasa dalam pembaharuan fiskal negara serta implikasinya terhadap rakyat.

    Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata antara 2021 dan Jun 2023, Malaysia telah menyumbang sebanyak RM10.93 juta kepada negara-negara yang telah ditimpa musibah.

    Jumlah tersebut merangkumi RM1.68 juta bagi tahun 2021, RM3.64 juta bagi tahun 2022 dan RM5.61 juta bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts