Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMohd Alwi dilantik timbalan ketua polis P Pinang

    Mohd Alwi dilantik timbalan ketua polis P Pinang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.

    Mohd Alwi, 56, menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

    Majlis Serah Terima Tugas itu berlangsung di Dewan Mutiara di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, di sini disaksikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad.

    Mohd Alwi yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata tiga perkara utama akan dijadikan teras dalam melaksanakan tugas baharu tersebut iaitu dari segi pencegahan jenayah yang perlu ditingkatkan, penyelesaian kes dan pematuhan.

    “Saya juga akan meneruskan dasar yang telah ditetapkan pucuk pimpinan di Bukit Aman, selain terus laksanakan apa yang telah dibuat di Kontinjen Pulau Pinang dan berkerjasama dengan Ketua Polis Pulau Pinang,” katanya.

    – Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts