Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMotac terus laksana tanggungjawab promosi Langkawi

    Motac terus laksana tanggungjawab promosi Langkawi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan terus mempromosi Pulau Langkawi di Kedah kepada pelancong domestik dan antarabangsa, di sebalik dakwaan sesetengah pihak bahawa pulau perananginan tersohor negara itu kurang dikunjungi pengunjung ketika ini.

    Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata ini kerana Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan penting kepada negara.

    “Saya tak boleh nak komen sangat kerana ia melibatkan banyak polisi, tapi saya percaya di peringkat kementerian (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – MOTAC) sedang kaji apa masalahnya.

    “Kalau MOTAC minta input seperti berapa banyak penerbangan ke Langkawi, kita akan sediakan (kepada kementerian untuk kajian). Kita akan tetap promosikan (Langkawi kepada pelancong),” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jerayawara Jom Cuti-cuti Malaysia 2023 yang disempurnakan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya neger Datuk Zaidi Attan di Melaka hari ini.

    Sebanyak 32 pempamer menyertai jerayawara itu yang bermula hari ini hingga Ahad depan.

    Beberapa media sebelum ini melaporkan Langkawi bakal menjadi ‘pekan hantu’ berikutan kekurangan pelancong ke pulau perananginan berkenaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts