Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP alih sokongan: Shahrir cadang Muhyiddin jadi ketua pembangkang

    MP alih sokongan: Shahrir cadang Muhyiddin jadi ketua pembangkang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sepatutnya memimpin pembangkang dan menjadi ketua pembangkang di Parlimen, kata veteran Umno Shahrir Samad.

    Dalam hantaran di Facebook semalam, Shahrir berpendapat Muhyiddin akan benar-benar dapat memimpin ahli parlimen PN sekiranya dia memegang jawatan itu, yang ketika ini dipegang Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.

    Shahrir melontarkan cadangan itu selepas tindakan empat ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Mereka ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

    Shahrir berkata pimpinan tertinggi PAS dan Bersatu seakan-akan tidak melihat Parlimen sebagai institusi paling penting dalam sistem politik negara.

    “Bagi saya, inilah satu kelemahan PN sehingga membuka ruang kepada ahli-ahli Parlimen mereka beralih sokongan mereka.

    “Kepimpinan politik bukan hanya di peringkat parti. Kepimpinan itu juga perlu dilihat dan dirasai dalam Parlimen,” kata Shahrir.

    Shahrir Samad

    Shahrir berkata lagi, sistem Parlimen di Malaysia mengiktiraf penyertaan pembangkang menerusi jawatan ketua pembangkang.

    Jawatan itu disertakan dengan elaun dan pejabat, serta diberi keutamaan dalam perbahasan untuk rang undang-undang yang penting.

    Oleh itu, bekas ketua Umno Johor Bahru itu berpendapat kehadiran Muhyiddin sebagai ketua PN di barisan hadapan “peranang politik” di Dewan Rakyat akan meningkatkan motivasi ahli Parlimen pembangkang.

    “Saya pasti mereka (ahli Parlimen pembangkang) tidak sempat rapat dan tidak berapa kenal sangat dengan Muhyidin selaku pemimpin tertinggi parti mereka,” katanya lagi.

    Dengan menjadikan Umno sebagai contoh, Shahrir berkata kecelaruan berlaku apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan jawatan itu kepada Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

    Menurutnya, ia juga menjadi punca berlaku pertembungan dalam Umno khususnya membabitkan ahli Parlimen dan parti.

    ALSO READ:  Human trafficking syndicate crippled with the arrest of five, 12 Indian nationals rescued

    “Kesudahannya Muhyidin lantik Ismail, (ketika itu) naib presiden Umno, sebagai timbalan perdana Menteri. Akhirnya, jadi perdana Menteri kesembilan,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts