Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP Bersatu sokong PM tetap dianggap katak - Akmal

    MP Bersatu sokong PM tetap dianggap katak – Akmal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mengecam tindakan ahli parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Dalam satu kenyataan, Akmal meminta perdana Menteri menilai semula sokongan ahli parlimen tersebut agar agenda reformasi parlimen dapat dilaksanakan dan mencapai tujuan.

    “Cukuplah dengan drama politik sebelum ini, rakyat sudah penat dan muak dengan drama politik tersebut.

    “Kini adalah masa untuk fokus membantu rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

    Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menjadi ahli parlimen Bersatu keempat yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

    Sama seperti tiga ahli parlimen yang lain, Zahari berkata dia berbuat demikian demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

    Ahli Parlimen Bersatu yang mengambil langkah serupa ialah Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

    Bersatu sebelum ini menggantung keahlian Suhaili dan Iskandar.

    Akmal menyatakan, akta anti lompat parti sebelum ini digubal untuk menghalang ahli politik melompat parti sesuka hati agar tiada drama politik berpanjangan dan wakil rakyat boleh fokus kepada khidmat mereka untuk membantu rakyat.

    “Tetapi walaupun akta anti lompat parti telah diluluskan, katak-katak ini tetap melompat menggunakan nama yang lain sahaja iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti.

    “Jadi walaupun nama yang digunakan berbeza, tetap tujuannya untuk melompat,” tambahnya dalam catatan Facebook.

    Sebelum ini, Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin berkata gabungan itu sedang mengumpul maklumat sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaan anggota parlimennya dipaksa menyokong Anwar.

    Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Bersatu Wan Saiful Wan Jan pula mendakwa politik wang semakin berleluasa dan menganggap Anwar sebagai puncanya.

    ALSO READ:  The connection between faith and the health of planet Earth
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts