Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan - Teo

    MP bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan – Teo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab menyemak maklumat yang diterima sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, dan ia sekali gus dapat memberi teladan baik di samping mengelak daripada terlibat sama dalam penyebaran berita palsu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

    “Kalau kita tidak pandai menyemak fakta dan kita percaya berita palsu, macam mana pula dengan orang di luar sana? Begitu ramai pengguna media sosial. Usaha untuk mendidik masyarakat memang ada seperti di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program Klik Dengan Bijak yang dijalankan sejak 2022.

    “Mungkin MCMC perlu sediakan satu sesi dan jemput semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Kepala Batas (Siti Mastura Muhammad) supaya kita sebagai pemimpin di sini, kita perlu tunjukkan bahawa sebelum kita menyebar apa-apa berita, biarlah kita buat semakan terlebih dahulu,” katanya.

    Teo berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung satu kenyataan oleh Siti Mastura dan langkah kementerian untuk meningkatkan kesedaran celik media dalam kalangan wakil rakyat.

    Semalam, Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi tempoh sehingga esok (Khamis) kepada Siti Mastura untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.

    Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata tuduhan Ahli Parlimen Kepala Batas itu adalah tidak berasas dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya Siti Mastura gagal mengemukakan bukti berkenaan dalam tempoh yang diberikan.

    Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial, Siti Mastura yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang dalam ucapannya di Kemaman, Terengganu pada 4 Nov lepas dikatakan membuat kenyataan yang mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew serta beberapa pemimpin DAP lain.

    ALSO READ:  Nangis air mata darah sekali pun, yang pergi tetap pergi - Bapa korban

    Semasa menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PH-Tasek Gelugor) yang mendakwa kerajaan bersikap tidak adil dalam menurunkan kandungan di media sosial, Teo menyangkal dakwaan kerajaan bersikap berat sebelah dalam hal berkenaan.

    “Saya tidak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat kerana saya percaya bahawa apabila kita turunkan kandungan di media sosial kebanyakan kes itu.. kalau saya kongsikan dengan Yang Berhormat yang duduk di sebelah sana (pembangkang) juga bersetuju dengan tindakan diambil PDRM atau MCMC,“ katanya.

    Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Wan Saiful mengenai undang-undang untuk mengawal isu 3R di platform media sosial dan majlis-majlis perbincangan awam, Teo berkata MCMC dengan kerjasama platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram, X dan YouTube, menurunkan 3,752 kandungan berkaitan penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian berkaitan 3R mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), sejak bulan Jan sehingga Oktober tahun ini.

    “KKD telah menubuhkan Task Force Menangani Berita Palsu pada 1 Dis 2022 yang berfungsi bagi memantau berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara.

    “Sejak penubuhannya, 156 berita yang tidak ditentukan kesahihannya melibatkan isu 3R dan Perdana Menteri serta pentadbiran telah dikenal pasti. Pemantauan, tindakan pentadbiran dan tindakan undang-undang diselaraskan oleh pelbagai agensi termasuk PDRM dan AGC,” katanya.

    Teo berkata 75 kertas siasatan dibuka PDRM berkaitan penyebaran berita palsu dan isu 3R, dan daripada jumlah itu, 45 kes telah selesai dan 30 kes masih dalam siasatan di peringkat PDRM, Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) dan MCMC, setakat 1 Nov lepas.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts