Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP Bkt Gantang: Jika dapat dana RM30 juta, saya sokong k’jaan Madani

    MP Bkt Gantang: Jika dapat dana RM30 juta, saya sokong k’jaan Madani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Seorang lagi ahli parlimen pembangkang menyatakan kesediaannya untuk menyokong kerajaan ‘Madani’ pimpinan Anwar Ibrahim jika Putrajaya boleh memperuntukkan dana yang mencukupi untuk kawasannya.

    Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Perikatan Nasional-Bukit Gantang) memaklumkan kepada Dewan Rakyat petang ini bahawa dia berharap untuk mendapatkan kira-kira RM30 juta bagi kawasan di kerusi parlimennya di Perak di bawah Belanjawan 2024.

    Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang)

    Jumlah itu berdasarkan beberapa siri projek dan inisiatif yang dirancang untuk Bukit Gantang. Antara lain, termasuk cadangan menaik taraf Pusat Giat Mara, membaiki 35 Tabika Kemas, dan pemasangan lampu jalan di kampung-kampung di situ.

    “Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Ahmad Zahid Hamidi).

    “Dengan hati yang ikhlas, kalau diluluskan RM30 juta ini, saya juga nak melihat sejauh mana kerajaan Madani ini adil dalam memberikan peruntukan.

    “Dalam Dewan yang mulia ini saya mohon jika saya dapat peruntukan ini untuk membangunkan kawasan saya, saya kana berikan sokongan kepada YAB Datuk Seri dan kerajaan Madani,” katanya.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts