Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP Bukit Gantang dakwa ‘tujuh, lapan lagi akan sokong PM'

    MP Bukit Gantang dakwa ‘tujuh, lapan lagi akan sokong PM’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa tujuh hingga lapan lagi ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Mendedahkan perkara itu, Syed Abu Hussin Hafiz berkata ini juga akan dibuat dalam terdekat ini.

    Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sama ada ahli Parlimen terbabit adalah dari Bersatu atau PAS yang menerajui pakatan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

    Sebaiknya, dia sendiri yang berpaling tadah dati Bersatu, baru-baru ini hanya meminta untuk ‘menunggu’ pengumuman daripada individu terlibat.

    “Sekarang ada tujuh hingga lapan orang. Tunggu masa akan ada pengumuman, dalam masa terdekat.

    “(Ahli Parlimen) dari beberapa Negeri, kerana semua mereka dari kawasan Melayu,” katanya dipetik Sinar Harian.

    Syed Abu Hussin Hafiz adalah wakil rakyat pembangkang terbaru dan kelima-lima wakil rakyat Bersatu itu menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan perdana Menteri pada 29 November lalu selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Sementara itu mengulas sama ada Bersatu sudah mengambil tindakan terhadap dirinya, Syed Abu Hussin Hafiz berkata belum ada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepadanya.

    Tambahnya, sehingga hari ini, belum ada mana-mana pemimpin Bersatu atau PN berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan selepas membuat sokongan terbuka kepada perdana Menteri.

    Bagaimanapun menurut ahli Parlimen Bukit Gantang itu, namanya telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp PN.

    “Yang pertamanya, saya tidak melanggar peraturan parti. Bersatu dalam perlembagaan tidak melarang seseiapa memberikan sokongan.

    “Apa yang saya buat tidak melanggar perlembagaan parti. Kalau parti mahu mengambil tindakan ia perlu dibawa ke jawatankuasa disiplin yang akan memutuskan apa bentuk tindakan yang boleh diambil. Saya bersedia,” katanya.

    ALSO READ:  Imigresen tahan 114 warga asing bekerja tanpa permit di Tampoi

    Syed Abu Hussin Hafiz sekali lagi mengulangi tindakannya menyokong kepimpinan Anwar selepas PN dilihat tidak membuat sebarang usaha untuk berunding dengan kerajaan pusat.

    Katanya, dia hanya memikirkan nasib rakyat di kawasannya dan kawasan yang dimenangi oleh PN yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts