Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP gesa tindakan pantas, tegas pada pihak semai perpecahan

    MP gesa tindakan pantas, tegas pada pihak semai perpecahan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid mengecam insiden nota bertulis tangan tertera “jangan cabar Islam” yang ditemui di luar kediaman ibu bapa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

    Syerleena berkata ia bukan insiden terpencil tetapi “peringatan jelas berkenaan kewujudan ekstremisme agama dan taktik mencetuskan ketakutan dalam masyarakat kita yang merosakkan”.

    Justeru, wakil rakyat DAP itu menggesa mana-mana pihak yang membawa ideologi seumpama itu untuk dipertanggungjawabkan.

    “Amat membimbangkan apabila ada individu yang menggunakan taktik penuh kebencian untuk menanam perpecahan di kalangan kita. Tindakan seperti itu bukan saja menjejaskan kesatuan kita tetapi juga mengancam keamanan dan kestabilan negara.

    “Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap mereka yang menyebarkan mesej kebencian di semua platform.

    “Tiada ruang untuk sikap tidak toleransi dalam masyarakat kita, dan mereka yang membawa ideologi seperti itu perlu dipertanggungjawabkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Malaysiakini melaporkan nota tersebut disedari oleh ibu Nga yang kemudiannya membuat laporan polis.

    Sebelum ini, bom molotov dilemparkan ke rumah sepupunya Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, yang juga terletak di Ayer Tawar di Perak.

    Serangan itu selepas Nga mencadangkan agar pakar perlembagaan bukan Islam menganggotai jawatankuasa mengkaji perundangan syariah.

    Dia kemudian memohon maaf dan menarik balik cadangan itu.

    Syerleena berkata lagi, rakyat Malaysia – yang merupakan sebuah negara demokrasi dan pelbagai kaum – perlu menolak diskriminasi dan ketaksuban berdasarkan agama, kaum atau apa saja dasar.

    “Amat membimbangkan dan mengecewakan apabila ada yang menggunakan langkah hina seperti itu untuk menyemai perbalahan dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

    Dia berkata kepelbagaian di Malaysia seharusnya diraikan dan dihargai, bukannya dijadikan alat untuk menyemai kebencian.

    ALSO READ:  Sultan Ibrahim berangkat rasmikan istiadat pembukaan Parlimen

    “Hormat antara satu sama lain, tanpa mengira agama, adalah amat penting. Rakyat Malaysia perlu terus mengiktiraf dan mempertahankan maruah dan hak setiap individu, tanpa mengira identiti dan kepercayaannya.

    “Sebarang percubaan untuk menjejaskan prinsip asas ini adalah serangan ke atas nilai yang memberi makna kepada kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts