Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP Gua Musang akui projek empangan beri kesan Orang Asli tapi...

    MP Gua Musang akui projek empangan beri kesan Orang Asli tapi…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim mengakui bahawa projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri memberi kesan kepada kira-kira 1,200 penduduk Orang Asli dari tiga perkampungan kawasan itu. Bagaimanapun katanya, kajian pakar telah pun dibuat merangkumi kajian impak alam sekitar, kajian impak sosial, kajian impak warisan dan kajian potensi mineral. Mengambil kira semua itu kerajaan telah merancang satu perkampungan baru yang lebih tersusun kepada masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan.

    Beliau menjelaskan bahawa sebelum perlaksanaan projek ini, pakar-pakar telah pun membuat kajian awal yang tersusun dan terancang merangkumi kajian impak alam sekitar, kajian impak sosial, kajian impak warisan dan kajian potensi mineral. Memang tidak dapat disangkal bahawa pembinaan projek berskala besar ini memberi kesan kepada aktiviti harian lebih kurang 1,200 penduduk Orang Asli dari tiga perkampungan iaitu di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias.

    Bagaimanapun, kerajaan telah membuat tindakan proaktif dengan membentuk perkampungan baru yang lebih tersusun dan lebih menjamin keselesaan kepada setiap isi rumah Orang Asli di tiga perkampungan tersebut.

    Terdahulu, laporan menerangkan lebih 3,000 Orang Asli Gua Musang di Kelantan akan melawan projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang mendapat kelulusan beberapa tahun lalu. Penduduk Orang Asli merasakan projek ini akan mengakibatkan kemusnahan sumber pendapatan mereka serta tautan budaya dan warisan yang tidak boleh digantikan.

    Wakil masyarakat itu, Mustafa Along berkata walaupun projek berkenaan tidak akan membawa kemusnahan secara langsung kepada banyak kampung di situ, kawasan bercucuk tanam, ritual dan kubur nenek moyang mereka akan musnah. Sementara itu, Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri menyeru masyarakat Orang Asli untuk bersama-sama dalam pembangunan itu kerana ia memberi impak besar kepada ekonomi dan masyarakat.

    ALSO READ:  'Isu graduan Parallel Pathway boleh diselesai tanpa perlu pinda Akta 50'

    “Projek Empangan Hidro Elektrik Nenggiri sebenarnya satu projek yang banyak memberi manfaat kepada ekonomi negara dan paling penting projek ini akan mengurangkan fenomena banjir besar yang selalu terjadi akibat limpahan air Sungai Nenggiri setiap kali musim tengkujuh. Oleh yang demikian, sebagai ahli parlimen dan Adun Nenggiri, saya dengan rendah diri memohon maaf dan menyeru kepada semua masyarakat Orang Asli di perkampungan terlibat agar kita sama-sama berkolaborasi dan mengambil manfaat positif di atas pembinaan projek ini demi kesejahteraan dan pembangunan serta peluang pekerjaan masyarakat kita di Gua Musang.

    Pada Ogos 2022, Menteri tenaga dan sumber asli ketika itu Takiyuddin Hassan memberitahu parlimen kerajaan telah memperuntukkan pampasan sebanyak RM216 juta untuk masyarakat Orang Asli yang terjejas berikutan pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Kelantan. Tiga perkampungan terjejas adalah Kampung Kuala Wias, Pos Pulat dan Pos Tohoi. Bagaimanapun tidak jelas jika pampasan yang dijanjikan telah diagihkan kepada masyarakat terjejas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts