Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP ingatkan tragedi Bukit Merah: Pemprosesan REE ada risiko

    MP ingatkan tragedi Bukit Merah: Pemprosesan REE ada risiko

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PARLIMEN | Menanggapi rancangan Putrajaya untuk mengharamkan eksport bahan mentah nadir bumi (REE), seorang wakil rakyat PH petang ini menasihatkan Putrajaya supaya berhati-hati dalam menggunakan keputusan itu.

    Howard Lee (PH-Ipoh Timor) memberitahu Dewan Rakyat bahawa pemprosesan REE di negara ini akan membawa bersama risiko dan cabarannya sendiri, termasuk potensi kesan buruk terhadap alam sekitar.

    “Pengendalian REE ini berkait rapat dengan risiko alam sekitar. Bahan kimia untuk pemprosesan REE mendatangkan bahaya jika dilakukan secara tidak cermat.

    “Komuniti tempatan nanti berpotensi berdepan risiko kesihatan.

    Gambar fail, protes penduduk Bukit Merah.

    “Insiden Bukit Merah pada tahun 1980-an telah mengajar kita tentang realiti pengendalian bahan radioaktif,” kata Lee ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Isnin.

    Untuk rekod, bencana melibatkan kilang Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah di Perak telah menyebabkan keracunan radioaktif serius di kalangan penduduk sekitar.

    Asian Rare Earth merupakan anak syarikat Mitsubishi Chemicals, yang menutup kilangnya pada tahun 1992 berikutan kebocoran radioaktif tersebut.

    Sementara itu, ahli parlimen DAP itu juga menggesa kerajaan untuk melibatkan diri dan mendapatkan maklum balas masyarakat tempatan di lokasi rancangan untuk memproses REE sebelum meneruskan sebarang projek yang berkenaan.

    Dilaporkan kerajaan mencadangkan untuk melarang eksport ke atas bahan mentah REE, bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber sekali gus memastikan pulangan maksimum kewangan.

    Walaupun Lee berkata potensi ekonomi dalam REE tidak dapat dinafikan, dia tidak bersetuju dengan tanggapan kerajaan bahawa menjual bahan mentah sentiasa lebih rugi daripada untung.

    “Namun, conventional wisdom ini tidak semestinya tepat. Kos pemulihan hutan, kos pembersihan pencemaran air bawah tanah: adakalanya sering melebihi pendapatan yang dijana.

    ALSO READ:  Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang

    “Kerajaan perlu tahu di mana kita harus berada. Sebenarnya korek, terus jual bahan mentah bersamaan dengan rugi itu tak semestinya tepat.

    “Kerana banyak rejim royalti yang boleh dirundingkan (dengan penjualan bahan mentah),” katanya lagi.

    Menurut Lee, terdapat juga potensi Malaysia akan ditekan dari segi ekonomi dan diplomatik oleh China, yang kini merupakan pemain utama dalam industri REE global.

    “Kesimpulannya, Malaysia berada di persimpangan jalan. Jalan yang dipilih sekarang akan menentukan kemakmuran ekonomi, kesihatan, alam sekitar, kedudukan geopolitik negara dalam tahun-tahun yang mendatang.

    “Namun, risikonya juga boleh tahan mencabar. Jika kita mendekati industri ini dengan berhati-hati, berwawasan, berkomitmen, dialun dengan kelestarian dan inklusiviti – Malaysia pasti boleh,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts