Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP Jeli juga nafi sokong Anwar kerana diugut, sogokan

    MP Jeli juga nafi sokong Anwar kerana diugut, sogokan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Beberapa ahli Parlimen Bersatu telah menafikan dakwaan bahawa sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah disebabkan ugutan dan habuan, hari ini, giliran ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik membuat perkara yang sama.

    Zahari berkata, tidak wujud broker politik dan sebagainya seperti didakwa, sebaliknya apa yang dilakukan demi rakyat dan penduduk Jeli.

    Zahari Kechik

    “Apa yang saya lakukan keputusan saya sendiri tanpa diugut atau disogok mana-mana pihak. Sejak kenyataan saya menyokong perdana Menteri, banyak tuduhan mengaitkan saya dengan ugutan dan sogokan demi kepentingan sendiri.

    “Apa yang saya lakukan hanya kerana mahu melihat dan memberi perkhidmatan terbaik untuk penduduk di Jeli. Saya tidak mahu rakyat di sini menderita kerana tidak dapat peruntukan. Saya letak kepentingan rakyat melebihi segala-galanya,” katanya yang dipetik Berita Harian Online, hari ini.

    Menurut wakil rakyat Bersatu itu, dia sanggup menerima kecaman asalkan pengundinya terbela.

    Zahari juga dilaporkan berkata, peguamnya telah diarahkan meneliti bahan disiarkan di media sosial yang mengandungi pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadapnya.

    Dia, sehubungan itu meminta dakwaan berkenaan dihentikan atau dia akan mengheret mereka yang terus melemparkan fitnah terhadapnya ke mahkamah.

    Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal

    Selasa lalu, Ketua Pemuda Armada (Bersatu) Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa terdapat dua individu yang bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang kepada perdana Menteri.

    Dia menamakan mereka sebagai “Datuk Botak” dan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador.

    Wan Fayhsal yang juga ahli Parlimen Machang berkata video-video berkaitan usaha menarik sokongan wakil rakyat pembangkang boleh dilihat melalui perkongsian di laman-laman sosial seperti Facebook dan Tiktok.

    Sebelum ini, selain Zahari, tiga anggota parlimen Bersatu lain yang menyokong Anwar ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

    ALSO READ:  Victim rescued after abduction over unpaid car rental; five suspects arrested

    Semua mereka membuat keputusan itu dengan alasan demi kepentingan dan kebajikan pengundi di kawasan masing-masing.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts