Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP Julau dedah hampir diserang samseng 'wild west'

    MP Julau dedah hampir diserang samseng ‘wild west’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Julau, Larry Sng mendakwa dia hampir diserang oleh sekumpulan samseng ketika sedang menziarahi masyarakat Cina di kawasan itu.

    “Sebab mereka menyebut kepada salah seorang penyokong saya bahawa mereka telah sediakan senjata di dalam kereta untuk menyasarkan saya.

    “Tetapi kerana itu tidak berlaku, terjadi pertengkaran dan apabila penyokong saya cuba menenangkan keadaan, mereka menolak seorang Tuai Rumah (ketua rumah panjang) ke tanah,” katanya kepada Malay Mail.

    Dalam catatan Facebook, Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu berkata keadaan pekan yang dahulunya aman di Sarawak kini menyerupai “wild west”.

    “Sepanjang lebih setahun, judi dalam talian, telah menjadikan bandar dan pekan-pekan di Sarawak dikuasai oleh samseng daripada kumpulan berbeza.

    “Di Julau, selain daripada judi dalam talian, aktiviti haram mereka berkembang kepada penjualan dadah, seludup (rokok dan minuman keras) kepada pinjaman wang haram,” katanya.

    Sng berkata, kumpulan samseng itu telah memaksa pemilik kedai kopi membeli barang seludup mereka di Pakan dan Julau serta memerah margin keuntungan daripada pekedai.

    Tambahnya mereka yang menentang akan menerima ancaman.

    “Dalam satu kejadian beberapa bulan lalu, ‘batu’ (methamphetamine) dijual di khalayak ramai, di bandar Julau, untuk menunjukkan bahawa mereka tidak boleh disentuh,” dedahnya.

    Menurut Sng, dia juga dimaklumkan beberapa penjawat awam dan tuai rumah turut berhutang dengan samseng berkenaan.

    Disebabkan itu, katanya mereka terdesak untuk menjual tanah dan meminjam wang untuk membayar balik samseng berkenaan yang mengenakan kadar faedah terlalu tinggi.

    “Ramai daripada mereka ini tidak mampu membayar balik dan sering diancam,” tambahnya.

    Mengenai pertemuannya, Sng, yang menyifatkan ia sebagai “bodoh dan angkuh”, berkata beliau tidak mahu memperbesarkan perkara itu tetapi menggesa polis untuk melihat situasi berkenaan.

    ALSO READ:  Noor Rahiza teruja sedia persiapan raya, rakam banyak video - Abang

    “Sekiranya kegiatan mereka diteruskan dengan cara yang kurang ajar, pihak berkuasa dari Bukit Aman perlu bertindak keras terhadap mereka.

    “Ini adalah mengabaikan undang-undang dan ketenteraman sepenuhnya dan perkara seperti itu tidak boleh dipandang ringan,” tambahnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts