Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP PAS diingatkan dengan baiah, dipecat jika sokong PM

    MP PAS diingatkan dengan baiah, dipecat jika sokong PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli-ahli Parlimen PAS diberi amaran agar tidak menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mereka terikat dengan baiah sekali gus berdepan pemecatan sekiranya berbuat demikian.

    Perkara itu ditegaskan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang dilaporkan tampil memberi amaran wakil rakyat mereka berhubung perkara itu.

    “Sudah tentu akan dipecat daripada parti, dia tak dikira mewakili PAS dalam Parlimen, tapi kalau dia buat, dia secara automatik akan terpecat,” katanya seperti dilaporkan FMT, hari ini.

    Hashim berkata demikian selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari beberapa Negeri akan menyuarakan sokongan kepada Anwar dalam masa terdekat.

    Dia bagaimanapun tidak menyatakan sama ada mereka terdiri daripada PAS atau Bersatu.

    Sementara itu Hashim berkata, wakli rakyat PAS sudah berikrar dan baiah atas nama Allah.

    “Kepada ahli berhormat, kita dah berikrar dan baiah atas nama Allah, maka kita bukan bertanggungjawab dengan presiden, dengan jawatankuasa pusat sahaja, kita bertanggungjawab dengan Allah.

    “Kita akan berhadapan dengan Allah untuk dibicarakan atas apa tindakan yang kita buat. Bicara di hadapan Allah dahsyatlah, sebab Allah tahu apa niat kita, waktu kita lakukan itu,” katanya dipetik sebagai berkata.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts