Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP PAS: Pengundi India 'istimewa' dalam PRK Kuala Kubu Bharu

    MP PAS: Pengundi India ‘istimewa’ dalam PRK Kuala Kubu Bharu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Ahli Parlimen Hulu Selangor Hasnizan Harun berpendapat bahawa pengundi India adalah ‘istimewa’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.

    Hasnizan yang juga yang di-pertua PAS Hulu Selangor berkata sokongan pengundi India mampu menjadi penentu dalam PRK ini.

    “(Ketika perbincangan PN untuk menentukan calon) kita dapati Melayu akan undi jika letak calon Melayu dan Cina akan sokong kepada calon Cina.

    “Tapi, pengundi India ‘special’. Maksudnya, calon Cina ke Melayu ke, pengundi India menjadi penting,” katanya kepada pemberita di Kerling, Kuala Kubu Bharu hari ini.

    Hasnizan menyasarkan 40 peratus pengundi India akan menyokong calon PN Khairul Azhari Saut dan berkata momentum pada masa ini menunjukkan mereka cenderung memilih PN.

    “Sokongan pengundi India kepada PN kali ini perbezaan itu cukup ketara.

    “Saya boleh katakan respons positif berdasarkan culaan yang menunjukkan 60 peratus pengundi India sokong PN.

    “Kita tak tahulah, mungkin dia cakap sahaja. Tapi, kita nampak memang respons itu positif.

    “Kita letakkan 40% pengundi India memberi sokongan kepada kita,” katanya sambil menambah sokongan masyarakat India terhadap PN pada masa ini berbeza berbanding ketika PRU pada 2022.

    Khairul dicabar oleh calon PH Pang Sock Tao, Hanizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

    Kuala Kubu Bharu merupakan kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu sebanyak 46 peratus, Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts