Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMP PKR minta Chegubard henti main isu perkauman sempit

    MP PKR minta Chegubard henti main isu perkauman sempit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas 55 tahun peristiwa hitam 13 Mei 1969, masih terdapat individu berfikiran sempit seperti Badrul Hisham Shaharin yang memainkan isu perkauman untuk menghasut rakyat terhadap kerajaan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

    Katanya, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard menabur fitnah bahawa Islam telah tergugat ketika mengulas majlis peringatan mangsa tragedi 13 Mei baru-baru ini.

    “Chegubard adalah mantan Keadilan dan dulu bukan seorang yang bersikap perkauman sempit.

    “Namun selepas masuk ke dalam PN, semua perkara menjadi tidak betul bagi Chegubard, malah sering dipesongkan fakta dan sejarah untuk matlamat mendapat perhatian umum,” kata Lee dalam satu kenyataaan.

    Chegubard, yang kini menjadi ahli jawatankuasa biro penerangan Bersatu, merupakan ahli terawal PKR ketika era reformasi, namun dipecat oleh parti itu pada 2016.

    Dalam catatan di Facebooknya baru-baru ini, Chegubard mengulas dua isu – iaitu acara parti yang diadakan dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dan video tular bacaan doa oleh seorang imam yang diadakan bersama bacaan doa agama lain di atas kubur peringatan mangsa tragedi 13 Mei di Sungai Buloh.

    “Malaysia sudah di puncak liberal dan plural kejahatan. Islam sudah tidak ada nilai sebagai agama persekutuan? Mana akidah? Mana tauhid?” katanya.

    Chegubard dalam hantarannya juga mengatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mewakili “Malaysian Malaysia”, manakala Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar hanya menjadi ‘alat tunggangan’ mereka.

    Ada kubur Melayu

    Mengulas lanjut, Lee berkata sebagai kawan dia terpanggil menjelaskan fitnah yang disampaikan Chegubard mengenai kubur berkenaan.

    “Tanah Perkuburan 13 Mei di Sungai Buloh adalah melibatkan semua kaum termasuk Melayu, ia juga satu peringatan kepada seluruh rakyat bahawa pentingnya menghargai muafakat dan perpaduan dalam hidup bermasyarakat.

    ALSO READ:  Denmark to pressure Sweden over gang violence

    “Maka, perbuatan imam yang membaca doa di kawasan tersebut tidak sepatutnya menjadi isu.

    “Pihak Pesawa juga telah pun menjelaskan bahawa kawasan tersebut bukan sahaja “tempat perkuburan Cina”, sebaliknya ia merupakan tempat persemadian mangsa pelbagai kaum, termasuklah kaum Melayu,” jelasnya.

    Lee turut mengingatkan Chegubard bahawa dia baru sahaja didakwa atas tuduhan memfitnah dan menghasut sekali gus menjejaskan nama Yang di-Pertuan Agong, bulan lalu.

    “Oleh itu, saya ingin menasihati Chegubard dan PN agar berhenti memainkan sentimen perkauman sempit dan fitnah yang tidak berasas,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts