Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMPT perjelas isu poster pertandingan kaligrafi Cina

    MPT perjelas isu poster pertandingan kaligrafi Cina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    MPT Membidas Dakwaan Poster Promosi Memperlekehkan Bahasa Kebangsaan

    Majlis Perbandaran Taiping (MPT) tampil menjelaskan poster promosinya mengenai pertandingan kaligrafi Cina yang didakwa sesetengah pengguna maya sebagai memperkecilkan bahasa kebangsaan. Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan MPT Muhamad Hafizzuddin Azhar berkata program yang memaparkan gambar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming itu bukan dianjurkan pihaknya.

    “Program ini adalah program anjuran pusat khidmat Ahli Parlimen (Taiping Wong Kah Woh) dan dia buat program pun kaligrafi Cina. Kalau kaligrafi, khalayak sasarannya adalah orang Cina,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh.

    Semakan Malaysiakini malam tadi mendapati poster berkenaan di Facebook MPT telah dikemas kini dengan tulisan bahasa Melayu diletakkan di atas bahasa Mandarin, berbeza daripada versi asal yang mencetuskan pertikaian itu. Katanya lagi, pertandingan kaligrafi Piala Nga Kor Ming ini merupakan salah satu acara sempena sambutan 150 tahun bandar Taiping. “Acaranya ni termasuklah senarai acara 150 tahun bandar Taiping,” jelasnya.

    Menurut Hafizzuddin, MPT hanya bertindak untuk menghebah dan mempromosikan program tersebut.

    Gambar fail, lukisan Taiping pada 1880.

    “Kerjasama dengan ahli parlimen, sebab dia adalah salah satu acara. Kita bagi dari segi promosi dan hebahan,” katanya.

    Hafizzuddin berkata hebahan poster tersebut perlu ditulis dalam bahasa Mandarin dengan terjemahan bahasa Melayu kerana ia sebuah pertandingan kaligrafi Cina yang menyasarkan penyertaan komuniti tersebut. “Karya-karya begitu memang kena ada dalam bahasa Mandarin, takkan bahasa Tamil ataupun bahasa Arab?

    “Bagi saya agak kecewa lah juga, kenapa tak tengok poster tu betul. Ini kaligrafi Cina,” sambungnya lagi. Program sambutan 150 tahun bandar Taiping anjuran MPT itu bersempena dengan tahun melawat Perak 2024.
    Pelbagai acara dan aktiviti dirancang bermula dari bulan Januari hingga Disember 2024.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts