Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesM'sia buka semula kedutaan besar di Iraq

    M’sia buka semula kedutaan besar di Iraq

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Malaysia akan membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq, yang ditutup sejak dua dekad lalu, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Pengoperasian semula kedutaan itu akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

    Keputusan Kabinet Malaysia itu telah disampaikan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan Iraq semasa lawatan rasmi beliau ke republik itu pada 23 hingga 25 Ogos. Zambry berkata lawatan atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal Antarabangsa merangkap Menteri Luar Iraq Dr. Fuad Hussein itu amat bersejarah dan bermakna kerana ia adalah lawatan pertama di peringkat Menteri dari Malaysia ke Iraq selepas lebih dua dekad (kali terakhir pada tahun 2002) semenjak tercetusnya pergolakan politik di Iraq pada 2003.

    Lawatan itu bukan sahaja membuka lembaran baharu kerjasama antara Malaysia dengan Iraq, malah merupakan satu permulaan untuk Malaysia berperananan sebagai negara yang proaktif dalam hubungan antarabangsa terutamanya di Asia Barat. “Ini juga merupakan misi diplomasi aktif yang diasaskan oleh YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi membolehkan Malaysia untuk kembali ke persada antarabangsa dalam menghadapi dan mendepani isu-isu global,” katanya.

    Dalam lawatan itu, Zambry telah mengadakan kunjungan hormat terhadap pemimpin tertinggi kerajaan Iraq, termasuk Presiden Abdul Latif Rashid, Perdana Menteri Mohammed Shia’ al-Sudani dan Speaker Parlimen Mohammed Al-Halbousi, serta mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatannya. “Dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Iraq, saya mengulangi komitmen Malaysia untuk meluaskan kerjasama dengan Iraq dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi, pendidikan, hubungan udara dan pelancongan,” katanya.

    Zambry berkata kerajaan Iraq juga mengalu-alukan kehadiran syarikat-syarikat dan kepakaran dari Malaysia untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur bagi pembangunan semula Iraq. “Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk meneroka semua laluan dan peluang yang ada untuk meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara termasuk meningkatkan eksport perabot, produk farmaseutikal, produk elektrik dan elektronik serta komoditi ke Iraq,” katanya.

    ALSO READ:  Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di KKB

    Beliau berkata kesediaan Malaysia untuk meneroka peluang meningkatkan jumlah dagangan serta mengambil bahagian dalam projek pembinaan dan pengurusan lapangan terbang, sistem jalan raya serta pengurusan sumber air turut dibincangkan. Turut dibincangkan mengenai status pengoperasian Petronas di Iraq serta peluang yang lebih meluas dalam sektor tenaga yang boleh diterokai oleh Petronas.

    Selain itu, beberapa perkara penting juga dicapai dalam lawatan berkenaan, termasuk menggalakkan lawatan peringkat tinggi antara dua negara secara berterusan dan mengadakan semula Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) antara Malaysia dan Iraq yang telah lama tertangguh (kali terakhir pada tahun 2005) dengan segera. Kedua-dua pihak turut mencapai kesepakatan untuk menggalakkan pertukaran tertinggi perdagangan, pendidikan, melebar luas jaringan hubungan udara bagi mengalakkan aktiviti pelancongan serta kerjasama menangani isu berkaitan Islamofobia secara kolektif dengan negara-negara Islam yang lain.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts