Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesM'sia kecewa resolusi keamanan Gaza 'dibunuh' veto AS

    M’sia kecewa resolusi keamanan Gaza ‘dibunuh’ veto AS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur




    Malaysia menyatakan kekesalan mendalam terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal menerima resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Palestin akibat kuasa veto AS pada 8 Dis lalu.

    Wisma Putra hari ini berkata resolusi tersebut – yang mendapat sokongan 102 negara termasuk Malaysia – adalah bukti kepada keinginan komuniti antarabangsa melihat penamatan segera serangan melampau Zionis di Gaza.

    Putrajaya juga menolak dakwaan bahawa gencatan senjata segera hanya akan “menabur benih untuk peperanangan seterusnya”.

    Jelas Wisma Putra, pencerobohan berterusan oleh Israel terhadap Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki secara besar-besaran menimbulkan ancaman yang sebenar dan berterusan terhadap penyelesaian dua negara yang muktamad dan bertahan lama.

    “Situasi kemanusiaan di Gaza ketika ini tidak mudah dipertahankan.

    “Kerajaan Malaysia sangat bersedih dengan keputusan yang keterlaluan ini yang turut mengabaikan desakan dan rayuan daripada komuniti antarabangsa.

    “Meskipun amaran-amaran serius dibuat oleh Setiausaha Agung PBB dan rayuan dibuat pejuang kemanusiaan, kegagalan berterusan Majlis Keselamatan menangani situasi ini secara objektif merupakan satu ketidakadilan yang serius dan pengabaian penuh terhadap nyawa manusia di Gaza,” kata Wisma Putra.

    Tegasnya, Malaysia mengulangi gesaan untuk gencatan senjata kemanusiaan segera, perlindungan terhadap orang awam, dan penghantaran segera bantuan penyelamat kepada rakyat Gaza.

    Wisma Putra juga menyebut Malaysia akan tetap teguh dengan keyakinannya bahawa rakyat Palestin layak mendapat negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara.




    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts