Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesM'sia minta Mesir buka sempadan - Speaker parlimen

    M’sia minta Mesir buka sempadan – Speaker parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau telah menyuarakan hasrat Malaysia kepada kerajaan Mesir supaya mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara itu bagi membolehkan bantuan makanan dan perubatan sampai kepada rakyat Palestin.

    Johari berkata hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat di kediaman rasminya, di Kuala Lumpur hari ini.

    “Baru-baru ini ada permintaan untuk kita menghantar lagi bantuan makanan dan perubatan…kerajaan kita komited, cumanya tadi Duta Mesir ada di sini, jadi kita mintalah kalau boleh juga bukakan sempadan itu.

    “Sebab saya difahamkan oleh beberapa Ahli Parlimen kita yang melawat sempadan (Mesir-Rafah) baru-baru ini, ada lebih kurang 60 ke 70 trak makanan dan perubatan yang kita hantar tersadai hampir dua hingga tiga bulan tidak boleh masuk,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka itu.

    Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri-Menteri Kabinet, Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor Lau Weng San, bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, beberapa perwakilan asing serta pegawai kanan kerajaan.

    Pada masa sama, Johari menegaskan bahawa konflik Palestin dan Israel bukan sekadar membabitkan umat Islam semata-mata, malah melibatkan soal hak asasi kemanusiaan secara keseluruhannya memandangkan rakyat Palestin datang daripada pelbagai latar belakang agama.

    Beliau berkata perdana Menteri juga telah menjelaskan pendirian Malaysia ketika melawat Jerman bulan lepas dan negara tidak pernah berganjak daripada pendirian itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts