Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesM'sia tak boleh leka dakyah antivaksin - Dr Dzul

    M'sia tak boleh leka dakyah antivaksin – Dr Dzul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mengingatkan Malaysia tidak terlepas daripada fenomena global penyebaran “maklumat salah” mengenai vaksin.

    Dr Dzulkefly membangkitkan peningkatan ibu bapa yang menafikan vaksinasi untuk anak-anak mereka dan menimbulkan ancaman keseluruhan kepada kesihatan awam melalui kemunculan semula penyakit seperti polio dan difteria.

    “Namun, kita tidak boleh leka. Ini kerana pihak-pihak tertentu kini semakin giat menyebarkan dakyah yang salah tentang vaksin.

    “Ini bukan soal ilmu, kerana ilmu memerlukan disiplin dan pembuktian yang berterusan.

    “Ini bukan soal pilihan, kerana pilihan memerlukan kebertanggungjawapan terutamanya kepada awam.

    “Ini adalah soal penyelewengan maklumat dan fakta (atau misinformation) yang dipropagandakan oleh ideologi antisains, yang pada mulanya menular di Barat, tapi kini menjadi fenomena global,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan dan Sidang Kemuncak Imunisasi Kebangsaan 2024 di Putrajaya.

    Acara sepanjang hari itu juga diadakan sempena Minggu Imunisasi Sedunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang ditandakan setiap tahun pada minggu terakhir bulan April.

    Di Malaysia, Dzulkefly berkata kadar semasa vaksinasi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kekal tinggi iaitu melebihi 95 peratus bagi 10 vaksin utama yang diperlukan di bawah Rancangan Imunisasi Kebangsaan.

    Selanjutnya, dia berkata kerajaan juga telah meluluskan vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (DTAP) kepada ibu hamil bermula hujung tahun ini.

    “Ia dijangka akan bermula pada hujung tahun 2024 untuk melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan penyakit Pertussis atau batuk kokol,” katanya.

    Vaksin satu dos itu sesuai diberikan kepada ibu hamil yang kandungannya berusia 27 hingga 32 minggu.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts