Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 1, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMTUC gesa k'jaan pastikan MYAirline bayar tunggakan gaji pekerja

    MTUC gesa k’jaan pastikan MYAirline bayar tunggakan gaji pekerja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan perlu memastikan MYAirline Sdn Bhd membayar semua tunggakan gaji kakitangan seperti yang dijanjikan dalam mesyuarat sebelum ini, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

    “Keutamaan kementerian adalah memastikan nasib pekerja dilindungi.

    “Jangan biarkan pekerja menunggu seperti menanti buah yang tidak gugur.

    “Syarikat sepatutnya membayar tunggakan gaji pekerja pada 31 Januari lalu, sebagaimana yang dijanjikan,” kata Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor (gambar bawah) dalam kenyataan hari ini.

    Pada Oktober tahun lalu, MYAirline secara mengejutkan menghentikan operasinya, dengan alasan syarikat menghadapi “tekanan kewangan yang ketara” hampir setahun selepas penerbangan pertamanya.

    Keputusan tiba-tiba tersebut mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang menyatakan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

    Selanjutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menggantung Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline pada 1 November.

    Pindaan undang-undang buruh

    Sementara itu, Kamarul menegaskan bahawa kakitangan MYAirline tidak boleh menunggu tunggakan gaji sehingga terdapat pelabur baru yang datang untuk menyelamatkan syarikat, menyifatkan tindakan syarikat sebagai tidak wajar.

    Kamarul juga meragui keupayaan MYAirline untuk mendapatkan pelabur baru dalam masa terdekat kerana syarikat itu telah berhenti beroperasi selama lima bulan.

    “Keadaan dan kehidupan kakitangan MyAirline sangat terjejas akibat kegagalan syarikat membayar gaji sejak Oktober 2023.

    “Penderitaan kakitangan meningkat ketika menyiapkan persediaan untuk pembukaan sekolah dan bulan Ramadan yang memerlukan kos yang tinggi,” katanya.

    Oleh itu, Kamarul menggesa kerajaan untuk meminda undang-undang berkaitan hak pekerja dan mengukuhkan peruntukan berkaitan pembayaran gaji, pakej pemberhentian dan lain-lain, terutamanya apabila syarikat berada dalam keadaan tidak beroperasi.

    Undang-undang, menurutnya, mesti memastikan syarikat bertanggungjawab terhadap kakitangan mereka, dengan kebajikan pekerja diberi keutamaan jika syarikat muflis.

    ALSO READ:  Pengamal media main peranan penting beri pandangan, ulasan - PM

    Kamarul menambah bahawa peruntukan undang-undang sedia ada tidak begitu berkesan sehingga menyebabkan majikan menunggak bayaran gaji kakitangan sementara syarikat menunggu keputusan muflis.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts