Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesMuda belum putuskan tarik atau kekal sokong kerajaan

    Muda belum putuskan tarik atau kekal sokong kerajaan

    -

    Shopee CNY Sale
    Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan bayangan bahawa pihaknya masih belum memutuskan sama ada untuk menarik sokongan kepada kerajaan atau tidak. Bercakap kepada pemberita selepas mengundi di SK Taman Sutera di Perling hari, Syed Saddiq berkata sebarang keputusan akan dibuat bersama kepimpinan partinya. “Saya orang parti… semuanya akan ditentukan oleh parti,” kata Ahli Parlimen Muar itu.

    Selasa lalu, Muda mengancam untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan campuran jika tiada penjelasan terperinci daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung keputusan menghentikan prosiding 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

    Jika calon PH, Suhaizan Kaiat, menang di Pulai hari ini jumlah sokongan kepada kerajaan persekutuan akan kembali kepada majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Sebaliknya jika kemenangan berpihak kepada Zulkifli Jaafar dari PN, kerajaan akan memiliki sokongan 147 kerusi, kurang satu kerusi untuk mendapat status majoriti dua pertiga.

    Ditanya sama ada Muda menunggu keputusan hari ini untuk membuat keputusan dan mengelak daripada “disalahkan” kerana menyebabkan kerajaan hilang majoriti dua pertiga, Syed Saddiq berkata: “Sekarang saya fikir apa yang penting hari ini ialah kita semua keluar mengundi.”

    “Gunakan hak perlembagaan kita untuk mengundi dan pada masa yang sama pastikan bukan kita sahaja tetapi ahli keluarga dan rakan kita juga keluar mengundi,” katanya.

    Sidang parlimen yang dijadualkan pada minggu depan, kata bekas Menteri belia dan sukan itu, akan menjadi sesuatu yang penting. “Saya fikir mari kita bercakap tentang isu rakyat, (mengenai) pendirian, (akan cakap) di parlimen.”

    “Hari ini kta menggunakan hak kita untuk mengundi,” katanya.

    Pada 7 Sept lalu – dua hari selepas Syed Saddiq mengeluarkan ugutan Muda – ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi mencabar parti itu untuk terus berbuat demikian jika parti itu “anak jantan”.

    ALSO READ:  KP Imigresen: Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh

    Ditanya sama ada dia akan kekal di blok kerajaan semasa sidang khas Dewan Rakyat akan datang untuk semakan separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12, Syed Saddiq menegaskan fokusnya hari ini hanya mengundi. “Hari ini adalah untuk mengundi dan mari kita berpegang pada itu,” katanya ketika menjawab soalan akhir sama ada kepimpinan Muda akan membuat keputusan sebelum persidangan Dewan Rakyat pada 11 Sept.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts