Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesMuda Cheras bidas cadangan PKR Johor pantau cikgu tak sokong k'jaan

    Muda Cheras bidas cadangan PKR Johor pantau cikgu tak sokong k’jaan

    -

    Shopee CNY Sale

    Pengerusi Muda Cheras Daniel Lim membidas cadangan PKR Johor agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membentuk jawatankuasa khas untuk memantau guru yang tidak menyokong kerajaan.

    Dia berkata Malaysia mesti mengamalkan sistem demokrasi bermaksud penjawat awam tidak tertekan untuk memberi sokongan kepada mana-mana parti politik.

    “Adalah tidak wajar untuk Kementerian Pendidikan ataupun mana-mana agensi kerajaan bertindak seperti witch-hunting (menyasarkan) terhadap kakitangan awam.

    “Kerana ianya adalah satu jenis pembaziran dan boleh menyebabkan lumpuhnya sistem pentadbiran sedia ada,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Menurut Lim, Kerajaan Perpaduan perlu membuktikan ia mampu menjalankan tugas yang diamanahkan melalui rekod prestasi untuk mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

    “Saya berharap Kementerian Pendidikan tidak mengambil serius tentang cadangan yang dikemukakan oleh wakil PKR Johor dan terus fokus serta berusaha untuk memantapkan sistem pendidikan negara kita,” katanya lagi.

    Semalam, perwakilan PKR Johor Haryati Abu Nasir (gambar bawah) membuat cadangan itu pada Kongres Nasional PKR 2023.

    Dia berkata terdapat trend membimbangkan dalam kalangan penjawat awam yang secara terbuka menunjukkan penentangan terhadap kerajaan.

    Haryati kemudian menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa PKR Johor mencadangkan penubuhan jawatankuasa untuk memantau dan mengenal pasti isu yang menyebabkan penjawat awam menentang kerajaan.

    “Ia untuk memerhati, membendung dan mengkaji. Mungkin ada benda-benda yang boleh kita perbetulkan, penambahbaikan.

    “Maksudnya secara keseluruhanlah…

    “Sebenarnya kakitangan awam masih ada belum menyokong.

    “Kalau boleh nak mereka beri sokongan sewajarnya, sebab mereka dalam penjawat awam, by right kenalah sokong,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts