Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuda kosongkan jawatan ketua penerangan

    Muda kosongkan jawatan ketua penerangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Selepas semua calon yang bertanding dalam pilihan raya Negeri baru-baru ini hilang deposit, Muda telah mengosongkan jawatan utama parti itu.

    Melalui mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 18 Ogos lalu, yang telah dihadiri oleh pimpinan nasional dan Negeri, Timbalan Presiden Muda Amira Aisya berkata ia termasuk mengosongkan jawatan ketua penerangan, Muda Luqman Long.

    “… (ia) selaras dengan ikrar pada Perhimpunan Agung Muda yang lepas. Pemangku baru untuk ketua penerangan Muda akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

    “Muda telah menetapkan untuk agenda pengundian parti disegerakan lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan.

    “InI bertujuan untuk memberi nafas dan muka baru parti dalam usaha untuk membina Muda dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Untuk rekod, Luqman sebelum ini berikrar untuk melepaskan jawatan sekiranya gagal mendapatkan semula deposit dalam pilihan raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Terengganu.

    Sementara itu, Muda turut memaklumkan bahawa ia telah menetapkan agenda pasca PRN2023 pada hari 26 Ogos dan ia akan disertai oleh semua pimpinan nasional, Negeri dan calon-calon parti itu.

    Dalam PRN yang diadakan di enam Negeri pada 12 Ogos lalu, semua calon Muda, PSM, dan 39 calon bebas lain – termasuk lima ahli bersekutu Bersatu dan 11 calon Gerakan – kehilangan wang deposit mereka.

    Untuk rekod, calon pilihan raya mesti memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi untuk tidak hilang wang pertaruhan mereka.

    “Muda percaya bahawa ketetapan-ketetapan ini dibuat untuk menjaga kepentingan Muda sebagai sebuah parti politik yang mengangkat idea poilitik baru untuk negara Malaysia,” kata Amira dalam kenyataan itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts