Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuda selar kenyataan profesor pro-Israel AS ketika berucap di UM

    Muda selar kenyataan profesor pro-Israel AS ketika berucap di UM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz menyelar kenyataan yang dibuat seorang profesor pro-Israel Amerika pada sesi syarahan di sebuah universiti tempatan semalam.

    Amira berkata dia kesal dengan kenyataan profesor sains politik Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley yang mengatakan ahli politik negara ini menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi.

    “Ini benar-benar mengelirukan dan tidak boleh diterima.

    “Kenyataannya secara salah menggambarkan matlamat dan tujuan Malaysia ke arah keamanan untuk negara Palestin yang merdeka,” kata Amira di X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter hari ini.

    Sebaliknya Amira menjelaskan bahawa kerajaan Zionis Israel yang sebenarnya sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

    “Institusi akademik harus berhati-hati dalam menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-Zionis.

    “Dari sungai ke laut, Palestin pasti bebas,” tulisnya.

    Semakan Malaysiakini mendapati Gilley membuat kenyataan itu semasa ucaptamanya pada syarahan bertajuk: “Adakah Malaysia akan menjadi kuasa sederhana yang aktif?” di Universiti Malaya (UM) semalam.

    Dalam ucapannya, Gilley berkata negara yang pemimpin politiknya “menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat.”

    Gilley berkongsi petikan dari ucapannya di akaun X miliknya. Dia memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pada perhimpunan aman Oktober tahun lalu bahawa “Israel akan hilang tidak lama lagi” sebagai contoh kenyataan anti-Yahudi.

    “Ini kelemahan berterusan ahli politik Malaysia yang bermula dengan nasihat (bekas perdana Menteri Dr) Mahathir (Mohamad) untuk belajar daripada Jerman tentang cara membunuh Yahudi. Hari ini, berita TV menamatkan siaran dengan slogan ‘Dari sungai ke laut’, dan ‘Israel Cuak’ ,” tulisnya.

    Malaysiakini telah menghubungi UM dan seorang jurucakap yang enggan dikenali berkata mereka sedang “meneliti perkara itu.”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts