Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuda sokong calon Amanah di Pulai, Simpang Jeram

    Muda sokong calon Amanah di Pulai, Simpang Jeram

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Muda akan memberikan sokongan penuh kepada calon Amanah pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 Sept ini. Menurut Pengerusi Eksekutif Muda Negeri Johor, Azrol Rajani, keputusan tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham Salahuddin Ayub. “Kami juga berharap mereka berjaya meraih kemenangan demi meneruskan perjuangan almarhum Salahuddin untuk kepentingan rakyat. “Parti Muda Negeri Johor tetap komited terhadap aspirasi rakyat dan akan terus memperjuang keadilan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik,” kata Azrol yang dipetik Berita Harian, hari ini.

    Sabtu lalu, Amanah mengumumkan bekas speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat akan bertanding di kerusi Parlimen Pulai, manakala bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar Ir Nazri Abdul Rahman, dipilih bertanding di Simpang Jeram. Suhaizan juga adalah bekas setiausaha politik Salahuddin, manakala Nazri adalah bekas pembantu Menteri itu di Simpang Jeram.

    Salahuddin sebelum ini merupakan timbalan presiden Amanah dan menggalas tugas sebagai Menteri perdagangan dalam Negeri dan kos sara hidup. Dia meninggal dunia pada 23 Julai lalu selepas mengalami pendarahan otak.

    Mengulas lanjut, Azrol berkata keputusan Muda untuk tidak bertanding pada PRK itu adalah sebagai penghargaan yang mendalam terhadap Allahyarham. “Allahyarham Salahuddin individu yang memberi sumbangan berharga kepada pergerakan parti Muda Johor sejak penubuhan awal parti ini. “Beliau seorang tokoh yang banyak memberikan pandangan dan nasihat yang berharga kepada kami semasa peringkat awal pembentukan parti,” katanya.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan diadakan pada 26 Ogos ini. Pengundian awal pula diadakan pada 5 Sept.

    Muda membuat kemunculan sebagai pilihan “kuasa ketiga” semasa pilihan raya Negeri 12 Ogos lalu di enam Negeri, namun semua calonnya hilang wang pertaruhan mereka.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts