Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMufti P Pinang: Selidik dulu dakwaan individu mengaku nasab nabi

    Mufti P Pinang: Selidik dulu dakwaan individu mengaku nasab nabi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam terutamanya di Negeri ini supaya tidak terlalu taksub dengan dakwaan seseorang itu kononnya daripada nasab Rasullullah SAW .

    Beliau juga menasihatkan mereka supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang ulama atau kumpulan bawaannya supaya tidak mudah menjadi mangsa tipu individu atau kumpulan yang berkepentingan, sambil mengingatkan keturunan mulia tidak memberi sebarang manfaat kepada seseorang jika dia adalah seorang yang tidak taat kepada hukum dan ajaran agama seperti yang disampaikan oleh Rasulullah..

    “Saya menyokong nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar) supaya masyarakat mengelak daripada sikap taksub secara buta tuli kepada seseorang yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad.

    “Sikap taksub sedemikian menyebabkan fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran,” katanya.

    Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai “Mawla Amin” yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

    Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kira-kira dua tahun lalu lelaki yang digelar Mawla al-Amin itu pernah dibawa oleh para pengkutnya ke Pulau Pinang dan beliau turut dijemput untuk hadir bersama dalam satu majlis selawat nabi.

    Pada mulanya beliau menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut, namun kemudian membatalkannya setelah meragui kesahihan bahawa dia adalah daripada keturunan Rasulullah berdasarkan maklumat diperoleh dari pelajar Malaysia di Maghribi yang tahu latar belakang individu berkenaan.

    ”Seseorang yang mengaku dirinya mempunyai nasab tersebut perlu diminta supaya mengemukakan dokumen yang sah daripada pihak berkuasa di negaranya seperti mahkamah, majlis agama Islam, atau persatuan ulama yang dikenali umum,” katanya.

    ALSO READ:  Kenyataan Hassan bukti MP k'jaan yakin PMX - Taufiq Johari

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts