Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuhibah: Iklan bantu 'pencuri' kotak pensil meruntun hati

    Muhibah: Iklan bantu ‘pencuri’ kotak pensil meruntun hati

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Iklan raya berdasarkan daripada kisah benar mengenai seorang ibu berbangsa India, anaknya dengan seorang peguam berbangsa Melayu, bukan sahaja meruntun hati ramai tetapi juga turut menjadi sumber inspirasi.

    Durasinya hanya lima minit namun tetapi ‘lembaran baharu’ yang disampaikan menerusi iklan hari raya RHB, begitu menambat hati pelbagai masyarakat negara ini menerusi ‘semangat muhibah’ yang terjalin, tatkala menghulurkan bantuan tanpa mengira warna kulit.

    Iklan raya berdasarkan daripada kisah benar mengenai seorang ibu berbangsa India, anaknya dengan seorang peguam berbangsa Melayu, bukan sahaja meruntun hati ramai tetapi juga turut menjadi sumber inspirasi.

    Kegigihan seorang peguam bernama Zahiril yang bersungguh-sungguh memohon ibu tersebut untuk mendapatkan ‘Bon Berkelakukan Baik’ atas kesalahan mencuri kotak pensil tanpa meminta sebarang bayaran, jelas membuktikan ‘semangat muhibah’ yang masih lagi menebal.



    Benarlah seperti penekanan dalam video hari raya yang bertajuk ‘Lembaran Baharu’ itu, ‘benda yang kecil dan tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain’, dan kerana itu, ramai yang mengharapkan ukhwah tersebut terus kukuh, termasuklah dalam kehidupan realiti.

    Melihat kepada mesej perpaduan yang disampaikan, ia sangat signifikan dengan pengisian Syawal dalam mengeratkan lagi hubungan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, selain sedikit sebanyak meredakan isu-isu sensitif terutama membabitkan soal kaum dan agama, sehingga mencetuskan kegusaran dalam masyarakat kebelakangan ini.

    Tambahan pula dengan adanya gerakan, ‘Maaf Zahir Batin Hari-hari’(#MZB365) yang diperkenalkan pertubuhan dalam masyarakat sivil (CSO) dan media di Malaysia, wajar diperluaskan atau disokong ramai pihak kerana dilihat sebagai platform terbaik meningkatkan semangat perpaduan, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

    Beliau yang merupakan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata sebaiknya kempen tersebut tidak hanya sekadar rancak pada Syawal atau tempoh tertentu sahaja, tetapi berpanjangan pada bila-bila masa.

    “Sebagai rakyat, tidak kira agama dan bangsa, kita harus memahami isu sensitif dalam negara, selain perlu menunjukkan rasa kasih sayang antara satu sama lain, supaya keharmonian masyarakat majmuk ini dapat ditonjolkan dan diperkukuhkan,” katanya.

    ALSO READ:  Autopsy suggests tycoon Mike Lynch likely died of suffocation in yacht - source

    Gerakan ini diperkenalkan bertujuan melawan ungkapan kebencian etnik-agama, serta menggalakkan amalan memohon dan memberi maaf setiap hari, selain turut menekankan kepentingan amalan itu merentasi pelbagai kepercayaan dan latar belakang budaya, termasuk Islam, Budha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan komuniti orang asal di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

    Dalam merancakkan gerakan ini, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang berkata kerajaan juga, harus memainkan perananan dalam merangka kempen yang bersesuaian bagi memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara.

    “Sejak 2000, perkataan seperti ‘muhibah’ tidak lagi ditekankan kerajaan dan kini, perkataan berkait dengan teknologi dan AI (kecerdasan buatan) yang dikentengahkan (kerajaan).

    Gambar fail, Pengerusi MCPF Lee Lam Thye.

    “Tidak dinafikan ia penting memajukan negara, tetapi jangan lupa kata-kata yang dapat membuatkan rakyat bersatu,” katanya.

    Tidak boleh disandarkan hanya kepada bahu kerajaan semata-mata, penganalisis politik Dr G. Manimaran melihat pemimpin politik termasuk wakil rakyat, turut memainkan perananan penting untuk memberikan kefahaman terhadap sebarang situasi yang berkemungkinan menggugat perpaduan negara.

    Ini kerana, tokoh-tokoh tersebut mempunyai pengaruh tersendiri, paling dekat dengan rakyat dan kerana itu, amat penting, emosi mereka terkawal dalam membahaskan pelbagai isu khususnya yang berkait dengan perpaduan, bagi mengelakkan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

    Bagi bekas pemain beregu badminton lelaki negara Koo Kien Keat, beliau berpandangan sukan merupakan medium perpaduan paling berkesan, dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    “Sukan dimainkan oleh semua, tidak mengira umur, kaum mahupun jantina. Mereka akan duduk sekali bersama-sama untuk menyokong kelab atau negara yang diminati, dan saya selepas bersara pun, ramai rakyat berbilang kaum masih menegur atas sumbangan saya kepada negara,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts