Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuhibah: Penduduk Cina buka jalan bantu Melayu balik ke kota

    Muhibah: Penduduk Cina buka jalan bantu Melayu balik ke kota

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perjalanan pulang Zairul Annuar sekeluarga selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri menjadi kenangan pada tahun ini, berkat bantuan sekumpulan penduduk kampung Cina yang membantu melancarkan perjalanan.

    Zairul berkata mereka pada mulanya meninggalkan Ipoh, Perak menggunakan lebuh raya, tetapi kesesakan lalu lintas yang teruk dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan mendorong Peta Google mencadangkan beberapa lencongan yang membawa mereka melalui laluan kampung.

    Lencongan awal membawa mereka berhampiran Ladang Bikam di Perak, tetapi jalan itu juga menjadi sesak.

    Ini mendorong mereka mengambil jalan lain yang akhirnya membawa mereka melalui sebuah kampung dan kawasan perumahan kecil sebelum menemui jalan tidak berturap memotong ladang kelapa sawit yang gelap.

    Zairul dan pemandu kenderaan yang lain akhirnya terpaksa membuat pusingan U kerana jalan di hadapan terlalu sukar untuk dilalui.

    “Setelah berpatah balik, kami telah sampai semula ke kawasan perumahan tadi. Tiba-tiba kereta kami diberhentikan oleh sekumpulan lelaki berbangsa Cina,” katanya.

    Lelaki Cina itu, kata Zairul meminta dia supaya tidak berpatah balik, kerana dia dan sekumpulan penduduk Cina yang lain akan membantu untuk membuka jalan baru.

    Katanya, kumpulan penduduk itu juga memberitahu mereka jalan pulang ke Ladang Bikam mengalami kesesakan akibat kemalangan.

    “Mereka telah sama-sama berpakat untuk membantu melancarkan perjalanan kenderaan yang melewati kawasan perumahan mereka. Pada masa yang sama kami lihat sebuah jentolak bergerak laju melepasi kami dari arah bertentangan.

    “Kami pun berpatah balik semula ke arah jalan tadi seperti yang diarahkan. Sebaik sampai di tempat itu, jalan telah hampir siap untuk dilalui,” katanya.

    Tidak lama kemudian, Zairul dan keluarganya kembali ke jalan yang tidak boleh dilalui sebelum ini dan menyambung perjalanan pulang ke rumah.

    ALSO READ:  Zahid sokong dakwaan wujud titah Najib jalani penjara di rumah

    Zairul berkata dia merasa tersentuh atas keprihatinan penduduk di situ.

    “Penduduk Cina di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang-orang Melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur.

    “Mereka keluar rumah sama-sama bergotong royong. Hebat orang-orang Cina Perak. Luar biasa. Ini barulah bangsa Malaysia,” katanya.

    Zairul berkata perjalanan mereka dari Ipoh ke Nilai mengambil masa enam setengah jam untuk disiapkan.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts