Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuhyiddin: Anwar 'bodoh' jika tak tahu titah addendum pengampunan Najib

    Muhyiddin: Anwar ‘bodoh’ jika tak tahu titah addendum pengampunan Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi PN Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas dia enggan mengulas berhubung dakwaan kewujudan “titah addendum” agar Najib Razak menghabiskan hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

    Muhyiddin berkata Anwar merupakan perdana Menteri yang “bodoh” jika dia tidak tahu berkenaan perkara itu, yang dikatakan dibuat bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

    “Aneh, luar biasa bila perdana Menteri ditanya tentang (titah) addendum pengampunan Najib, dia kata dia tak tahu.

    “Bagaimana perdana Menteri Malaysia tak tahu (berkenaannya)? Jika (memang) perdana Menteri tak tahu, bermakna dia memang betul bodoh,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Kubu Bharu di Selangor, hari ini.

    Najib sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman, antara lain agar mahkamah mengarahkan kerajaan untuk mengesahkan kewujudan titah tersebut dan melaksanakannya.

    Ahmad Zahid Hamidi

    Permohonan itu mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang memfailkan afidavit menyatakan dia telah melihat dan membaca titah tersebut.

    Dua hari lalu, apabila ditanya media berkenaan perkara itu, Anwar berkata Zahid memfailkan afidavit atas kapasitinya sebagai presiden Umno.

    Namun dia enggan mengulas berhubung titah tersebut, dengan berkata ia adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan.


    PANDUANKINI | ‘Tahanan rumah’: Adakah peruntukan seumpama itu?


    Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan sepatutnya mengambil tanggungjawab atas perkara itu.

    Dia juga dengan sinis mencadangkan agar Zahid menggantikan Anwar sebagai perdana Menteri memandangkan “Zahid lebih tahu daripadanya (Anwar)”.

    “Menteri terlibat (dalam sokongan kepada permohonan Najib) telah buat pengumuman, tapi dia (Anwar) kata tak tahu.

    “Zahid lebih tau daripada dia, lebih baik Zahid jadi perdana Menteri,” sindirnya.

    Terdahulu hari ini, Anwar ketika berucap dalam konvensyen khas PKR membidas pihak yang mengkritik kerajaan berhubung isu tahanan di rumah.

    ALSO READ:  Anwar tiba di Melbourne, lawatan rasmi ke Australia

    Menurutnya, Sultan Abdullah selaku pengerusi Lembaga Pengampunan ketika itu mempunyai kuasa untuk membuat keputusan muktamad dan kerajaan tidak akan mempersoalkan kuasa itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts