Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menarik balik keputusannya menarik diri daripada bertanding jawatan sebagai presiden parti itu, tahun depan.
Dia menjelaskan perkara itu dalam ucapan penangguhannya di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu hari ini.
Antara alasan lain yang diberikan ialah permintaan isterinya agar dia kekal memegang jawatan itu sekurang-kurangnya satu penggal lagi.
Dewan menjadi gamat dengan laungan daripada perwakilan sebelum Muhyiddin menyambung ucapannya dan meminta ahli-ahli berbaiah taat setia kepadanya.
Muhyiddin sebelum itu sempat berteka-teki mengenai perkara itu dan kemudian menawarkan diri untuk menjadi penasihat parti selepas pengundian.
[Berita penuh menyusul]