Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuhyiddin gagal dapatkan pasport secara kekal

    Muhyiddin gagal dapatkan pasport secara kekal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan terus menyimpan pasport bekas perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

    Mahkamah jenayah pagi ini menolak tawaran ahli Parlimen Pagoh itu untuk mendapatkan semula  pasportnya secara kekal bagi tujuan percutian keluarga di London dan pemeriksaan kesihatan di Singapura pada akhir tahun ini.

    Namun, kata Hakim Azura Alwi pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih mempunyai hak untuk memfailkan pemulangan sementara pasportnya bagi tujuan tersebut,  tertakluk kepada kelulusan mahkamah.

    Susulan penghujahan lisan ringkas oleh peguam Muhyiddin, K Kumaraendran dan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib, Azura kemudian membenarkan pelepasan sementara pasport tertuduh mulai hari ini hingga 15 Jan tahun depan.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts