Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuhyiddin mohon pasport dikembalikan untuk bawa keluarga bercuti

    Muhyiddin mohon pasport dikembalikan untuk bawa keluarga bercuti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin, yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram di mahkamah memohon untuk mendapatkan pasportnya secara kekal dengan mengemukakan pelbagai alasan antaranya ingin membawa keluarga bercuti di London.

    Dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bekas perdana Menteri itu berkata dia juga memerlukan dokumen itu untuk pemeriksaan kesihatan seterusnya di Singapura.

    “Sudah menjadi tradisi saya akan membawa keluarga bercuti selama sebulan setiap tahun. Tahun ini juga tidak terkecuali.

    “Percutian ini penting kerana ia membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga memandangkan tahun ini amat menekan saya dan keluarga,” lapor NST yang memetik dafidavit itu.

    Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, dia dimaklumkan oleh ejen pelancongannya bahawa sukar untuk mengatur tiket penerbangan dan percutian secara kumpulan yang ramai terutama pada musim Krismas.

    Muhyiddin berkata dia akan terbang dari Kuala Lumpur ke Dubai pada 15 Dis, dan mempunyai beberapa persinggahan sehingga 21 Dis, sebelum berlepas ke London pada hari yang sama.

    Tempoh penginapan di London adalah sehingga 10 Jan tahun depan, katanya.

    Menurut Muhyiddin, dia juga berhasrat untuk menjalani pemeriksaan jantung melalui ujian tekanan pada treadmill di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, selepas bercuti.

    Muhyiddin berkata jumlah ikat jamin RM2 juta yang dikeluarkannya sudah memadai untuk memastikan kehadirannya di mahkamah.

    Selain itu katanya, dia juga mempunyai tanggungjawab sebagai ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada pengundinya.

    Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Azura Alwi pada 25 Okt ini, kata laporan itu lagi.

    Pada 4 Okt lepas, Muhyiddin memfailkan permohonan lepas tanpa bebas (DNAA) berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram dihadapinya.

    ALSO READ:  K’jaan teliti keperluan lesenkan platform Google, Meta, TikTok - Fahmi

    Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu selepas membenarkan permohonannya untuk membatalkan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu.

    Bagaimanapun, pihak pendakwaan telah merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan itu.

    Pada Mac di hadapan Mahkamah Sesyen, Muhyiddin minta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts