Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuhyiddin persoal jika ada arahan lepaskan Zahid

    Muhyiddin persoal jika ada arahan lepaskan Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mempersoalkan jika terdapat arahan daripada pihak atasan kerajaan supaya menarik balik 47 pertuduhan terhadap Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

    Sambil menyifatkan  tindakan peguam negara menggunakan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi menarik balik pertuduhan jenayah berkenaan, sebagai sesuatu yang tidak bermoral, Muhyiddin berkata apa yang berlaku adalah titik hitam dalam sistem keadilan negara.

    Dia yang juga adalah presiden Bersatu berkata, dalam kes berkenaan presiden Umno itu  sudah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi.

    Anwar mesti bertanggungjawab

    Katanya, ini bermakna mahkamah sudah berpuas hati bahawa terdapat bukti yang berasas mengenai perlakuan jenayah itu dan mengarahkan Zahid membela diri.

    “Yang peliknya pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan.

    “Ini amatlah tidak munasabah. Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai?” soalnya.

    Semalam, hakim, Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga timbalan perdana Menteri, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap presiden Umno itu.

    Mengulas lanjut, perdana Menteri kelapan negara itu berkata, hal umpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

    “Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan yang sedang berlaku dalam sistem keadilan negara yang saya percaya berpunca daripada kerakusan beliau sendiri untuk mengekalkan kuasa,” katanya.

    Negara penyanggak

    Muhyiddin berkata, tindakan Anwar jelas membuktikan sikap munafik yang mana dia  sering melaungkan slogan reformasi institusi dan tatakelola.

    ALSO READ:  Kutipan cukai ekonomi bayangan antara tumpuan parlimen

    “Slogan yang sering beliau dilaungkan itu hanyalah suatu pembohongan dan omongan kosong saja.

    “Keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap timbalan perdana Menteri itu pastinya menggoncang keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di Malaysia.

    “Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan. Malaysia telah menjadi a rogue state atau negara penyangak,” katanya.

    Justeru, menurut Muhyiddin sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan pimpinan Anwar yang sepatutnya mendokong kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

    Pada 8 Disember tahun lalu dan 25 Jan tahun ini, pasukan pembelaan telah mengemukakan dua surat representasi kepada Peguam Negara Idrus Harun untuk mendapatkan semakan semula terhdap kes rasuah itu.

    Mengikut undang-undang, surat representasi adalah kaedah untuk tertuduh memohon supaya pendakwa raya menyemak semula kes jenayah terhadapnya, seperti menggugurkan pertuduhan atau tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang lebih ringan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts