Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuhyiddin tak nafikan Samsuri calon PM dari PN

    Muhyiddin tak nafikan Samsuri calon PM dari PN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KEMAMAN | Pengerusi PN Muhyiddin Yassin tidak menafikan pencalonan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon mereka dalam PRK ini adalah langkah mengetengahkan Menteri besar terbabit sebagai calon perdana Menteri masa depan.

    Beliau mengatakan bahawa tindakan itu merupakan langkah strategik bagi gabungan tersebut, sekali gus memberi gambaran bahawa PN mempunyai ramai calon dan tokoh yang boleh diketengahkan.

    Pada masa yang sama, ahli parlimen Pagoh itu turut memberi jangkaan bahawa usaha membentuk kerajaan boleh berlaku sebelum PRU akan datang.

    “Ya tidak dapat disangkal, kerana akan tiba masa PN mencipta sejarah sama ada sebelum PRU ke-16 atau selepas PRU ke-16 dengan harapan kita dapat membentuk kerajaan.”

    “Jadi semua langkah yang diambil ini adalah antara langkah strategik yang dapat memberi pandangan kepada rakyat bahawa kita (PN) mempunyai ramai tokoh yang bijaksana, berkemampuan, terpuji sikapnya, moderate dan mempunyai kelayakan profesional,” katanya semasa sidang media di Felda Kerteh 5 di Kemaman, hari ini.

    Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika ditanya sejauh mana pencalonan Ahmad Samsuri dilihat sebagai langkah PN mengetengahkan watak baru untuk jawatan perdana Menteri akan datang.

    Beliau yakin personaliti Ahmad Samsuri itu mampu menarik sokongan rakyat.

    “Jadi saya fikir ini satu nama personaliti yang saya yakin mampu menarik sokongan pengundi-pengundi,” katanya.

    Ahmad Samsuri yang juga anggota Adun Ru Rendang dalam parlimen Marang itu akan berdepan cabaran daripada calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

    PRK Kemaman akan berlangsung pada 2 Disember depan selepas Mahkamah Pilihan Raya 26 September lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU ke-15.

    Sejumlah 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 pengundi tidak hadir di luar negara.

    ALSO READ:  'Tetamu patut tepati masa, pemilik inap desa perlu lebih berhemah'

    Pada PRU ke-15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi apabila memperoleh 65,714 undi dan menewaskan Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said (BN) yang mendapat 38,535 undi.

    Dua lagi calon pada masa itu ialah Hasuni Sudin mewakili PH (8,340 undi) dan Rosli Ab Ghani (Pejuang) yang mendapat 506 undi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts