Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMuktamar PAS lulus 6 usul termasuk kaji agihan kuasa Persekutuan dan Negeri

    Muktamar PAS lulus 6 usul termasuk kaji agihan kuasa Persekutuan dan Negeri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Muktamar PAS kali ke-69 hari ini sebulat suara meluluskan enam usul termasuk menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bagi mengkaji semula agihan kuasa antara Persekutuan dan Negeri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 60 tahun lalu.

    Usul berkenaan dibentangkan perwakilan Muslimat, Siti Mastura Muhammad sebelum ia diluluskan.

    Menerusi usul berkenaan, Siti Mastura berkata, pemusatan kuasa terlalu besar kepada Kerajaan Persekutuan dilihat telah memberi banyak masalah antaranya berlaku ketirisan, salah guna kuasa serta gagal memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

    Katanya, dengan kuasa yang terlalu besar dimiliki Putrajaya menyebabkan berlakunya diskriminasi secara terang-terangan kepada Negeri ditadbir parti yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

    “Suiruhanjaya itu di mana keanggotaannya perlu rentas Negeri, parti, kaum dan bangsa. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri perlu menghormati dan mematuhi segala peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan agihan kuasa.

    “Kerajaan juga perlu perimbang agihan kuasa secara serius dengan memberikan lebih kuasa kepada Negeri-Negeri, bukan sahaja kepada Sabah dan Sarawak, bahkan Negeri-Negeri (lain) bagi memenuhi keperluan rakyat.

    “Perlu juga wujud hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri lebih baik dalam pelbagai aspek pelaksanaan kuasa-kuasa yang terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, hari ini.

    Mengulas lanjut, Siti Mastura yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, turut menyarankan supaya kerajaan tidak bersikap double standard sama ada dari segi layanan kepada ketua kerajaan atau mana-mana kakitangan Negeri dalam agihan peruntukan serta projek pembangunan.

    Dia juga menggesa supaya memansuhkan agensi atau mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan untuk mengalihkan peruntukan pembangunan Negeri di bawah kawalan kerajaan Negeri.

    Usul itu kemudian disokong Perwakilan dari Tumpat, Mumtaz Md Nawi sebelum ia dipersetuju sebulat suarat perwakilan hadir.

    ALSO READ:  IGP: Polis tahan warga Israel, rampas enam pistol

    Selain itu, lima lagi usul diterima tanpa dibahas.

    Usul berkenaan ialah PAS sebagai ejen penerangan utama dalam isu pemanasan global dan perubahan iklim, memacu gelombang sokongan anak muda kepada PN, usul mempertahan dan memperkasakan kedudukan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah serta usul hak umat Islam Palestin.

    Turut diluluskan ialah usul mempertahankan kebebasan media dan kebebasan berpersatuan dan berpolitik.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts