Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMusibah banjir: PH T'ganu rayu PM tangguh konsert Coldplay

    Musibah banjir: PH T’ganu rayu PM tangguh konsert Coldplay

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PH Terengganu merayu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya memberi pertimbangan untuk menangguhkan penganjuran konsert kumpulan muzik antarabangsa Coldplay.

    Ketua penerangan PH Negeri, Azan Ismail berkata pihaknya melihat langkah itu perlu memandangkan sebahagian Negeri khususnya di Pantai Timur berdepan bencana banjir.

    “Kita melihat isu ini bukanlah isu agama seperti diperbesar-besarkan pihak pembangkang.

    “Tetapi atas dasar menjaga sensitiviti dengan keadaan semasa yang berlaku pada musim tengkujuh di Negeri Pantai Timur ini.

    “Adalah tidak sesuai saya rasa program berbentuk hiburan diteruskan ketika rakyat menghadapi musibah banjir yang kini mula berlaku di Terengganu dan Kelantan,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Dia berkata demikian sebagai mengulas perkembangan mengenai isu tersebut susulan jawapan oleh Anwar di Dewan Rakyat.

    Terdahulu perdana Menteri dilaporkan antara lain memberi jaminan bahawa dia akan membincangkan perkara itu dengan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah.

    Ini selepas Luqman menggesa supaya konsert kumpulan muzik dari United Kingdom itu dibatalkan.

    Bagaimanapun, perdana Menteri berkata kumpulan Coldplay juga menyokong Palestin dan konsert itu diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

    “Coldplay ini antara kumpulan yang menyokong Palestin, jadi ada masalah sikit (mengapa harus dibatalkan).

    “Kerajaan lalu telah luluskan juga. Jadi, saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini,” kata Anwar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts