Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMYAirline: Waspada penipuan pulang balik wang

    MYAirline: Waspada penipuan pulang balik wang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    MYAirline telah memaklumkan pelanggannya kemungkinan wujudnya penipuan yang berkaitan dengan bayaran balik yang belum selesai.

    “Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap keselamatan pelanggan, kami menasihatkan mereka untuk berhati-hati bagi mencegah sebarang aktiviti penipuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    MYAirline berkata terdapat laporan baru-baru ini mengenai individu yang mendakwa secara palsu sebagai wakil kepada syarikat penerbangan itu, menghubungi pelanggan yang menunggu bayaran balik untuk tempahan penerbangan mereka.

    Penipu ini menggunakan pelbagai taktik, termasuk panggilan telefon, e-mel atau mesej di platform media sosial bagi memperdaya pelanggan supaya memberikan maklumat peribadi atau membuat pembayaran dengan alasan palsu.

    “Untuk melindungi daripada kemungkinan penipuan, kami menasihati pelanggan kami agar mengesahkan sumber apabila menerima komunikasi mengenai bayaran balik.

    “Semak alamat e-mel rasmi atau nombor hubungan yang dikaitkan dengan MYAirline. Komunikasi rasmi daripada kami adalah daripada domain myairline.my,” katanya.

    Syarikat penerbangan itu menasihatkan mereka yang menemui sebarang hubungan yang mencurigakan atau tingkah laku penipuan supaya melaporkannya dengan segera kepada saluran sokongan pelanggan rasmi MYAirline atau pihak berkuasa berkaitan.

    “Bagi bantuan lanjut atau pertanyaan mengenai bayaran balik atau sebarang kebimbangan, pelanggan digalakkan untuk menghubungi saluran perkhidmatan pelanggan rasmi MYAirline melalui [email protected] atau bercakap dengan kami melalui +603 8966 2522,” tambah syarikat penerbangan yang bermasalah itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,260FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts