Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMydin di Manjoi terbakar, ditutup sementara bermula hari ini

    Mydin di Manjoi terbakar, ditutup sementara bermula hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasar raya besar Mydin di Manjoi yang terbakar semalam ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, menurut Mydin Mohamed Holdings Bhd.

    Dalam kenyataan di laman Facebook hari ini, Mydin memaklumkan sebagai alternatif pelanggan boleh berkunjung ke cawangan Mydin Meru Raya atau Mydin Gopeng.

    “Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kerjasama anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan di talian 1-300-30-8786,” menurut kenyataan itu.

    Pada masa sama pihak pengurusan memaklumkan Mydin Manjoi akan kembali beroperasi setelah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak bomba.

    Pasar raya itu dilaporkan terbakar pada 7.09 malam semalam, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian.

    Kebakaran di tingkat atas pasar raya itu berjaya dikawal setakat tengah malam tadi, namun bomba masih dalam proses memadamkan api sepenuhnya.

    Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya masih melaksanakan operasi memadamkan sisa kebakaran.

    “Masih ada tompokan-tompokan api di kawasan kebakaran…itu yang kita nak selesaikan,” katanya.

    Beliau berkata 30 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi memadamkan sisa kebakaran di premis itu pagi ini, selain 10 anggota pasukan forensik.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts