Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMysavefood selamatkan 3 tan makanan tak terjual di Perak

    Mysavefood selamatkan 3 tan makanan tak terjual di Perak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kira-kira 3,000 kilogram makanan yang tidak terjual di bazar Ramadan sekitar Perak berjaya diselamatkan melalui program MySave Food@Ramadan di Negeri ini.

    Pengerusi Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Cosmopoint College Ipoh Muhammad Amirul Khairuddin berkata ia merupakan peningkatan mendadak berbanding hanya 563 kilogram tahun lepas.

    “Di Ipoh terdapat empat bazar Ramadan terlibat iaitu Bazar Stadium Perak, Bazar Taman Cempaka, Bazar Taman Perpaduan dan Bazar Taman Silibin. Pelaksanaannya (MySave Food@Ramadan) sejak 14 Mac hingga semalam (29 Mac),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Muhammad Amirul berkata kira-kira 20 sukarelawan terlibat sepanjang tempoh berkenaan terdiri daripada Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Perak, GPS serta institut pengajian tinggi berdekatan antaranya Cosmopoint College Ipoh.

    Beliau berkata antara faktor peningkatan lebihan makanan berkemungkinan disebabkan jumlah peniaga bazar yang bertambah, harga makanan yang dijual terlalu mahal berbanding tahun lepas di sesetengah bazar serta cuaca.

    “Akhir-akhir ini terdapat situasi hujan menjelang petang, jadi ia juga menyumbang kepada peningkatan makanan yang tidak dijual,” katanya sambil menambah sebahagian besar makanan yang tidak dijual ialah kuih-muih.

    Projek MYSaveFood Ramadan bagi mengurangkan pembaziran makanan merupakan inisiatif dijalankan sepanjang Ramadan dengan menyumbangkan lebihan makanan tidak terjual oleh peniaga bazar kepada golongan memerlukan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts