Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesNahas di Lake Tekapo: Hanya seorang pelajar masih terima rawatan susulan

    Nahas di Lake Tekapo: Hanya seorang pelajar masih terima rawatan susulan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hanya seorang pelajar Malaysia yang masih menerima rawatan susulan di Hospital Christchurch, New Zealand susulan kemalangan jalan raya membabitkan lima pelajar Malaysia di Lake Tekapo, New Zealand pada 30 Mac lepas.

    Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata dua lagi pelajar yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.

    Mengenai dua pelajar yang meninggal dunia dalam nahas itu, jenazah seorang daripada pelajar itu telah selamat dikebumikan di Christchurch, New Zealand manakala jenazah seorang lagi pelajar telah dibawa pulang dan selamat dikebumikan di Malaysia.

    Justeru menurut Wisma Putra segala urusan kebajikan pelajar terlibat telah selesai.

    Kementerian itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan New Zealand, Hospital Timaru, Hospital Christchurch, Universiti Canterbury, masyarakat Malaysia di Christchurch dan pihak lain yang terlibat, yang sama ada secara langsung atau tidak langsung, membantu dalam memudahkan dan memastikan kebajikan pelajar dijaga dengan baik.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts